PEMBERKATAN DAN PERASMIAN GROTTO KUK GASABON

KENINGAU : Pada 23 Februari 2019, Misa sempena dengan pemberkatan dan perasmiaan Grotto KUK Gasabon telah diadakan. Bertempat di Gereja Keluarga Kudus, Kg. Gasabon.

Pemberkatan yang diadakan pada 9.30 pagi itu disempurnakan oleh YM Uskup Cornelius Piong disaksikan oleh lebih kurang 150 orang umat yang hadir dalam upacara itu.

Uskup dalam homilinya, memberi pesan kepada umat di KUK Gasabon dengan adanya Grotto itu, bukan hanya dijadikan sebagai hiasan semata-mata, namun dijadikan tempat untuk bersatu dan bersama-sama meneguhkan iman.

Prelatus itu juga mengajak umat untuk terus mempertingkatkan devosi kepada Bonda Maria kerana Bonda Maria memahami keperluan-keperluan umat.

 “Jangan kita hanya dengarkan pemikiran dan pandangan kita sahaja tetapi dengarkanlah juga Yesus. Apa-apa  yang berkaitan dengan cabaran yang dihadapi, sentiasalah juga mohon bimbingan Roh Kudus daripadaNya dan doa daripada Bonda Maria.” Pesan Uskup dalam homillinya.

Gimik penyerahan KUK Gasabon daripada Pengerusi Zon Apin-Apin kepada Pengerusi Zon Kepayan Baru

Disamping upacara pemberkatan, KUK Gasabon yang merupakan KUK naungan Zon Apin-Apin akan berpindah dan memasuki Zon Kepayan Baru. Perpindahan ini adalah supaya pentadbiran pastoral berjalan dengan lancar dan lebih efektif. KOMSOS KGAU

Sharing is caring!