MENJADI BATU BERLIAN BAGI SESAMA

Renungan Pesta Pembaptisan Kristus (C)

Yes. 40:1-5,9-11;      Tit. 2:11-14, 3:4-7;      Luk.3:15-16,21-22

diamondAdalah konon seorang pemuda menemukan seketul batu berlian yang mahal harganya. Setiap hari dia mengoreknya dari dalam tanah, tempat di mana dia menemukan berlian tersebut lalu melihatnya dengan penuh kemegahan berjam-jam lamanya, kemudia menguburkanya kembali. Salah seorang temannya telah melihat apa yang dilakukannya setiap hari, lalu mencuri batu berlian tersebut. Sang pemuda tersebut tersangat sedih sehingga tidak mahu makan dan minum kerana mendapati berliannya telah dicuri orang. Lalu salah seorang sahabatnya yang baik hati menasihatinya, “Janganlah terlalu sedih, kuburkanlah seketul batu hitam sebesar berlianmu itu. Tidak ada bezanya juga sebab walaupun engkau memperoleh berlianmu ini, engkau kuburkan juga sehingga sinarnya tidak dapat dinikmati oleh sesamamu.”
Memang ada kebenaranya bahawa kita bagaikan berlian yang tertanam di dalam tanah, hitam dan tidak bercahaya disebabkan oleh dosa. Tetapi Kristus telah datang menyucikan kita melalui pengorbanan dan kematian-Nya di kayu salib. Atas sebab inilah, “…kita telah dikuburkan bersama-sama dengan Dia oleh baptisan dalam kematian supaya, sama seperti Kristus telah dibangkitkan dari antara orang mati oleh kemuliaan Bapa, demikian juga kita aka hidup dalam hidup yang baru” (Rm 6:14).
baptisanBaptisan, iaitu Sakramen inisiasi, merupakan asas kehidupan kita sebagai pengikut Kristus. Maka oleh itu kita perlu berusaha untuk meningkatkan kehidupan iman kita terhadap Kristus, iaitu kehidpan iman yang semakin dewasa dari semasa ke semasa.
Bagaikan berlian yang terkubur di dalam tanah, kotor dan tidak bercahaya, seorang umat kristian yang sudah dibaptis perlu sentiasa dibentuk ke arah kesempurnaan agar semakin bernilai di mata Tuhan dan sesamanya. Maka di dalam perjalanan iman kita setiap hari di dunia fana ini, kita sangat memerlukan empat keperluan asas berikut ini – Kristus, Gereja, pertaubatan dan belas kasih (= ikhsan).
1. Kristus Yesus adalah satu-satunya, “…yang akan menyelamatkan umat-Nya dari dosa
mereka” (Mt 1:21). Sebab, “Keselamatan tidak ada di dalam siapapun juga selain di dalam Dia, sebab di bawah kolong langit ini tidak ada nama lain yang diberikan kepada manusia yang olehnya kita dapat diselamatkan” (Kpr 4:12). Yesus merupakan dasar, permulaan dan pengakhiran kehidupan kita sebagai seorang kristian. Dia membimbing kita kepada Allah Bapa serta telah mengaruniakan kita karuni Roh Kudus supaya kita mendapat bahagian daripada kebangkitan-Nya. Dan tentunya kita juga telah dikurniaka ibu-Nya sebagai ibu kita juga. Memang kita tidak sanggup meminta apa-apa lagi daripada-Nya namun kita disedarkan bahawa tanpa Dia, kita tidak boleh berbuat apa-apa (lih. Yoh 15:5).
2. Gereja. Melalui pembaptisan, kita bersatu dengan Tubuh Kristus, umat Allah dan kita
mendapat bahagian di dalam kepadrian dan misi Kristus. Kita juga disegarkan oleh Gereja melalui Ekaristi dan sakramen-sakramen yang lain, melalui Sabda Allah serta bimbingan daripada para pengganti para rasul serta persatuan komuniti umat beriman.
3. Pertaubatan. Kehidupan baru sesudah dibaptis, boleh menjadi lemah malah dicemari dengan dosa. Maka kita sentiasa dipanggil untuk bertaubat, merubah sikap sebagaimana Kristus sentiasa memanggil kita untuk terus mengamalkan sikap bertaubat, “Bertobatlah dan percayalah kepada Injil” (Mk 1:15), berlian yang terdapat di dalam diri kita mungkin diselubungi oleh kekotoran lumpur dosa, tetapi pergerakan kita untuk kembali kepada Allah, menjadikan kita bersinar semula melalui kasih-Nya yang tidak berkesudahan itu. Maka mahu tidak mahu, Sakramen Pengakuan mengambil peranan yang sangat penting dalam hal ini.
4. Belas kasihan. Di dalam katekismus Gereja Katolik, belas kasihan ini dinyatakan sebagai: “Kebajikan Allah, dengannya kita mengasihi Allah di atas segala-galanya demi diri-Nya sendiri dan kerana kasih kepada Allah, kita mengasihi sesama seperti diri kita sendiri” (no.1822). Ini bererti bahawa belas kasih merupakan sesuatu yang tidak ternilai harganya kerana ianya, “…menutupi segala sesuatu, percaya segala sesuatu, mengarapkan segala sesuatu, sabar menanggung segala sesuatu” (1Kor 13:7).

Di dalam katekismus Gereja Katolik yang baru mengatakan bahawa orang yang dibaptis telah: “…dilahirkan kembali menjadi anak-anak Allah, mereka wajib mengakui di muka orang-orang beriman, yang telah mereka terima dari Allah melalui Gereja serta untuk mengambil bagian dalam kegiatan epostolik dan misioner umat Allah” (no.1270).
Berdasarkan keterangan ini, saya teringat dengan seorang yang sudah berumur 75 tahun yang baru dibaptiskan. Setahun sesudah dibaptis, beliau terlantar sakit di rumah sakit. Apabila ditanya berapa umurnya, dia menjawab, “Saya masih bayi,” apabila ditanya mengapa demikian? Dia menjawab: “Saya baru berumur satu tahun. Bagi saya hidup bermula sesudah saya dibaptis.” Apabila ditanya bagaimana dengan tahun-tahun sebelumnya, dia menjawab “Umur saya sebanyak 75 tahun itu tidak termasuk di dalam kiraan hidup saya.”
baptisKarunia pembaptisan yang kita terima adalah seperti berlian yang sangat mahal harganya. Sebab seperti kata orang, berlian adalah untuk selamanya. Maka pembaptisan kita juga merupakan suatu mercu tanda yang tidak boleh dihapuskan lagi dan bersifat kekal serta ianya merupakan kelahiran kembali bagi kita, sebab Yesus pernah berkata, “Jika seorang tidak dilahirkan dari air dan Roh, ia tidak dapat masuk ke dalam Kerajaan Allah” (Yoh 3:5). (JL)

Cadangan soalan refleksi peribadi dan perkongsian KKD.
1. Kenalkah anda latar belakang Santo/Santa yang nama mereka menjadi nama baptis anda?
2. Apakah peranan kita sebagai pengikut Kristus, sesudah kita dibaptis?

Cadangan aktiviti minggu ini.
Carilah buku yang menceritakan kisah Santo/Santa yang nama mereka menjadi nama baptis anda. Baca buku tersebut dan hayatilah gaya hidup mereka dan amalkan dalam hidup anda. Jadikan budaya merayakan hari pembaptisan anda dan keluarga anda sebagai suatu kesempatan untuk bersyukur dan menghayati erti pembaptisan.

Sharing is caring!