MEMPERKUKUH KELUARGA DENGAN ALKITAB DAN EKARISTI

KENINGAU : 23 Jun 2019, Zon Minawo sekali lagi menganjurkan satu program tahunan iaitu Minggu Alkitab bertempat di St.Monica Baitah. Tim Penganjur yang diketuai oleh Pengerusi KUK St. Monica Baitah, iaitu Encik Juhn Hendrikus dan Ahli Jawatan Kuasa pelaksana dengan pimpinan Pengerusi serta Ahli Jawatan Kuasa yang baru.

Program yang bermula pukul 10.00 pagi. Pelbagai aktiviti bagi pengisian program telah diadakan antaranya ialah pertandingan membaca Firman, Mewarna, Syarahan dan Kuiz Alkitab.

Lima Komuniti Umat Katolik (KUK) telah menghantar wakil untuk pertandingan tersebut iaitu KUK St. Joseph Minawo, KUK St Yohanes Rasul, KUK St. Michael Kindasan, KUK St.Monica Baitah dan KUK Tombotuon.

Pertandingan Kuiz Alkitab

Tumpuan utama umat Zon Minawo dalam pertandingan tersebut adalah dalam Kuiz Alkitab, yang mana soalan-soalan Kuiz Alkitab ini di pancarkan melalui projektor untuk memudahkan semua umat dapat membaca dan memahami soalan-soalan tersebut serta mendapat jawapan yang betul. 

Penyampaian hadiah kepada pemenang serta ucapan Pengerusi KUK Encik Juhn Hendrikus disusuli oleh Pengerusi Zon Encik Handrie Yamorong dan seterusnya mengumumkan tuan rumah pada tahun hadapan sempena Minggu Alkitab pada tahun 2020 akan diadakan KUK St. Joseph Minawo. Program diakhiri dengan Doa Penutup yang oleh Katekis Patrick Marius.– Tadius Kilip

Pertandingan Mewarna bagi Kanak-kanak

Sharing is caring!