KURSUS GUBAHAN BUNGA

KENINGAU : Satu anjuran kursus gubahan bunga di sebuah gereja stesen luar naungan Paroki KSFX, Gereja KUK St.Yohanes Penginjil, Panui telah diadakan. Kursus ini diadakan pada 1 Jun 2018 bertempat di Dewan Terbuka KUK Panui.

Seramai 30 orang umat mewakili KKD sekitar KUK Panui telah mengikuti kursus ini. Kursus dikendalikan oleh Cik Diana, seorang pengubah bunga persendirian.

Selain diajar untuk mengubah bunga, diselitkan juga pengetahuan dan informasi  mengenai warna-warna yang digunakan dalam gereja, kedudukan, warna dan bentuk gubahan bunga yang sesuai mengikut waktu-waktu tertentu.

Selain merupakan aktiviti yang dijalankan bagi umat di KUK Panui, kursus ini juga merupakan pendedahan kepada orang awam mengenai pengetahuan hiasan yang digunakan dalam gereja.

Sharing is caring!