Keuskupan Keningau lancar Applikasi KGU Diocese

KENINGAU: Menyedari hakikat bahawa penggunaan teknologi media mampu mempercepatkan dan mempelbagaikan cara penyampaian maklumat, Keuskupan Keningau pantas untuk mengorak langkah dengan menyediakan satu Applikasi yang mampu menjadi sumber informasi bagi keuskupan ini. Applikasi tersebut adalah “KGU Diocese”, dan baru sahaja dilancarkan pada 7 Ogos 2022 yang lalu.

Applikasi ini dibangun untuk platform android dan merupakan hasil usahasama dari  Komisi Komsos Keuskupan Keningau. Selaras dengan tujuannya sebagai pusat informasi applikasi ini akan memuatkan informasi seperti Renungan Harian Bapa Uskup Cornelius Piong, Audio Kopi Rohani, Doa-Doa, Live Kekitaanfm, Direktori Keuksupan Keningau, Audio Video Rohani, akses ke laman web Keuskupan Keningau dan menonton siaran langsung program-program yang terpilih dalam keuskupan kelak.

Dalam pelancaran applikasi ini, Yang Mulia Bapa Uskup Cornelius Piong, berharap applikasi ini dapat membantu umat lebih bersemangat untuk melayani, berjalan bersama dalam komuniti dan membantu umat untuk menghadapi cabaran-cabaran pelayanan dimasa hadapan. Gimik pelancaran dibuat dengan sederhana dengan tayangan video, penyerahan banting pelancaran kepada pengerusi MPP/MPM dan Zon seterusnya penyerahan gadget kepada para admin bagi applikasi ini.

Aplikasi ini boleh dimuat turun dari Playstore dengan membuat carian seperti “Keningau Diocese,” atau melalui pautan berikut https://play.google.com/store/apps/details?id=app.kekitaan.fmKunang

Applikasi terbaru bagi Keuskupan Keningau

Sharing is caring!