Tolokoson – Sambutan perayaan pesta hari Penaung Gereja Tritunggal MahaKudus di kampung Tolokoson. Pesta ini dimulakan dengan Misa Kudus Suci yang dipimpin oleh Rev, Fr David Mamat. Misa Kudus bermula jam 11.00pagi. seramai lebih kurang 120 umat berkumpul dirumah kebudayaan Kg Tolokoson tempat Pesta Penaung disambut berkumpul untuk meraihkan pesta Penaung tersebut. Perayaan itu disambut dengan meriah walaupun umat di Kg Tolokoson hanya mencecah 20 orang sahaja, mereka tetap menjayakan pesta tersebut. Dalam homily Rev. Fr David pagi itu, beliau mengulas maksud misteri Tritunggal Mahakudus dimana Allah yang kita imani itu adalah satu tetapi mempunyai 3 peribadi yang berbeza Allah Bapa, Putera & Roh Kudus yang kita selalu gunakan ketika membuat tanda salib sebagai tanda kemenangan kita. Dalam ucapan beliau juga mengucapkan tahniah kepada umat di Kg Tolokoson diatas kejayaan mereka melaksanakan pesta penaung ini. Dan belaiu berharap memahami maksud Trinity itu tidak hanya berakhir dalam pesta penaung sahaja, tetapi dalam setiap hari umat melalui kehidupan masing-masing.
Selepas Misa Kudus berakhir, Kesyukuran diteruskan, pelbagai acara dijalankan antaranya, pertandingan bintang rohani kanak-kanak, cabutan nama bertuah, persembahan komiti dan individu. Turut hadir umat dari Gereja Bonda Maria Kemabong, Barisan Ahlijawatan Kuasa Majlis Pastoral Mission & Katekis-katekis yang pernah melayani di Kg Tolokoson. Acara berakhir pada jam 6petang dengan doa penutup di pimpin oleh Rev. Fr David Mamat.