MISA KRISMA UNGKAPAN KESATUAN

KENINGAU : Pada 15 April 2019, sempenan dengan perayaan Misa Krisma, Uskup dan semua paderi di Keuskupan Keningau berkumpul bersama dan menyatakan janji kesetiaan mereka kepada Uskup.

Setiap tahun, Misa Krisma akan dirayakan di setiap Katedral seluruh dunia. Di samping pembaharuan komitmen, Uskup juga akan memberkati  tiga minyak iaitu Minyak Katekumen, Minyak Orang Sakit Dan Minyak Krisma.  Minyak-minyak ini akan dikongsikan di seluruh Keuskupan Keningau untuk digunakan dalam sakramen-sakramen Gereja sepanjang tahun ini.

Misa ini diadakan di Katedral St. Francis Xavier dan disempurnakan oleh YM Uskup Cornelius Piong. Dihadiri lebih kurang 2000 orang umat.

Perarakan masuk daripada Dewan MPP ke Katedral St. Francis Xavier

Sem. Wilfred James, Rev. Fr. David R. Gasikol, Sem Paddelyne Francis Pius, Sem. Morti Lamutan, Sem. Michael Dass

Misa Krisma merupakan satu kesempatan untuk mengungkapkan kesatuan di dalam memberi sokongan  agar sungguh-sungguh dapat melakukan komitmen.

Selama 25 tahun, misi keuskupan adalah selaku umat Allah sentiasa mahu dibentuk untuk menjadi umat Keuskupan Keningau yang komited dan efektif melayani kerajaan Allah. Dengan itu, aktiviti Pastoral yang akan dilakukan dalam setiap peringkat terarah kepada satu fokus iaitu misi keuskupan.

Bagi merealisasikan misi ini, selaku pelayan dan pemimpin gereja perlu membangun relasi yang betul dengan Yesus.

 “Yesus berkata bahawa kita memerlukan Roh Kudus untuk memimpin dan mengusai hidup kita,” tegas Uskup.

Uskup berpesan kepada paderi, religius, pelayan dan juga umatnya untuk sentiasa menilai dan memperbaharui relasi dengan Tuhan kerana komitmen juga semakin longgar. Ini adalah untuk menentukan kualiti hidup dan secara automatik keutamaan hidup adalah kepada Tuhan.

Pembaharuan Janji Setia para paderi kepada Uskup selepas homili

Bagaimana untuk membangun relasi yang betul dengan Yesus? Gereja banyak menyediakan banyak alternatif, terutamanya dalam dunia moden melalui media massa seperti audio bacaan dan renungan firman Tuhan melalui Kupi Rohani, Fresh Juice dan banyak lagi. Selain itu, di setiap paroki juga diadakan Saat Teduh dan Adorasi bagi membimbing umat untuk membangun relasi dan dikuasai Roh Kudus untuk menjalankan pelayanan seturut kehendak-Nya.

Minyak diarak masuk ke hadapan altar oleh Sem. Michael Dass, Sem. Morti Lamutan dan Sem. Wilfred James.

Upacara pemberkatan Minyak oleh Bapa Uskup
Para Paderi memberkati minyak yang dibawa oleh umat.

 “Doakan kami, Uskup, para paderi, pemimpin-pemimpin umat dan Katekis agar senantiasa dikuasai Roh Kudus iaitu pendorong hidup kita,” ujar prelatus itu. KOMSOS K’GAU

Uskup dan 22 orang Paderi yang melayani di Keuskupan Keningau

 

Sharing is caring!