Taklimat Road to PMPC 2026 Keuskupan Keningau

Keningau,Tatal-Pada 4 Disember  2021 Tim Pemantau Perancangan Pastoral Keuskupan(TPPPK) Keningau telah mengadakan Taklimat Road to PMPC(Pan Malaysia Pastoral Convention) 2026  di Rumah Retret Keuskupan Keningau, Kg.Tuarid Taud, Tatal. Taklimat yang menyasarkan kepada paderi-paderi, pengerusi-pengerusi MPP dan religious dari Keuskupan Keningau ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan mengenai cara pelaksanaan 3 program pastoral iaitu, Gereja Sinodal, Pukat-12 dan dari PMPC itu sendiri.

Gambar 1: Antara mereka yang hadir ke Taklimat Road PMPC 2026
Gambar 2:Antara mereka yang hadir ke Taklimat Road to PMPC 2026

Program PMPC yang dicadangkan  akan dilangsungkan pada 16-20 September 2026 memerlukan setiap Keuskupan mengadakan pertemuan di peringkat Paroki dan Keuskupan, dengan cadangan bahawa pertemuan peringkat Keuskupan diadakan pada tahun 2023.Namun di peringkat Keuskupan Keningau telah pun mempunyai perancangan pastoral tersendiri iaitu, Perhimpunan Umat Katolik yang ke-12(PUKAT 12). Sementara itu,  program dari Taktha Suci pula Gereja Sinodal turut dilancarkan pada tahun ini 2021.

Berdasarkan tema dan wawasan ketiga-tiga program pastoral ini bersangkutpaut mengenai, “Berjalan Bersama”, maka Tim Pemantau Perancangan Pastoral mengambil inisiatif untuk melaksanakannya secara serentak yang akan dimuktamadkan pada PMPC 2026.Tema yang dipilih adalah “Gereja Katolik(di Keuskupan Keningau) datang Bersama sebagai Paderi, Religious dan Awam Merayakan dalam Persekutuan Komuniti, Berpartisipasi dan Mendengarkan serta menjalankan Misi Bersama dalam Terang Tuhan(Yes 2:2-5)”, dan ia adalah hasil gabungan 3 tema program pastoral itu.

Taklimat pertama mengenai Gereja Sinodal yang disampaikan oleh Msgr.Gilbert Engan.Klerus itu menyentuh mengenai maksud sinodal itu, logo dan juga tema.

“Tema berjalan Bersama melalui Komuniti, Partisipasi dan Misi yang dibawakan oleh Gereja Sinodal bukanlah sesuatu yang baru bagi Keuskupan kita yang juga mempunyai wawasan yang sama. Namun, kita harus ada semangat untuk berjalan Bersama untuk melaksanakan gereja sinodal ini agar kita dapat menemui sesuatu yang baru atau memperbaiki program pastoral kita yang terdahulu,”ulas klerus itu lagi.

Gambar 3: Taklimat pertama mengenai Gereja Sinodal oleh Msgr.Gilbert Engan

Taklimat yang kedua pula  adalah penjelasan mengenai Buku Panduan Road to PMPC 2026 yang disampaikan oleh Sdra.Patrick Marius merangkap Pengerusi Tim Pastoral Keuskupan Keningau(TPK). Buku tersebut lengkap memuatkan  mengenai PMPC(Tema, Logo, TPPPK), Cara Pelaksanaan dan Road Map.

Gambar 4: Pengerusi Tim Pastoral Keuskupan Keningau, Sdra.Patrick Marius memberi penerangan mengenai Buku Panduan PMPC 2026

Taklimat yang ketiga yang disampaikan oleh Fr.David Gasikol  pula menerangkan secara terperinci mengenai kaitan wawasan Keuskupan Keningau dengan tema dalam gereja sinodal dan PMPC.Selain itu turut disampaikan mengenai soalan-soalan kaji selidik yang akan diedarkan ke seluruh Keuskupan Keningau kelak. Menurut pendedahan awal soalan-soalan tersebut akan dibahagikan menurut peringkat umur iaitu kanak-kanak, belia, umum dan warga emas.

“Kalau kita sakit, kita perlu review doctor kan? Nah, begitu juga dengan kaji selidik ini kita dapat reviewing cara gereja berpastoral yang lebik efektif nanti,”tegas klerus itu.

Road to PMPC 2026
Gambar 5: Rev.Fr David Gasikol memberi taklimat mengenai Soal Selidik Road to PMPC 2026.

Yang Mulia Bapa Uskup Cornelius Piong semasa ucapan pembukaannya pula  menegaskan bahawa program pastoral ini sangat baik kerana iman katolik adalah  iman yang dinamik dan ia perlu dievaluasi sentiasa diperingkat KKD, KUK , Paroki dan Keuskupan.

“Saya berharap semua komisi, komuniti dan kerasulan dapat bersabar dalam melaksanakan ketiga-tiga program pastoral ini demi kebaikan Bersama dan alam ciptaan Tuhan,’ tutup prelatus itu-Juanis bin Marcus

Gambar 6: Yang Mulia Bapa Uskup Cornelius Piong menyampaikan ucapan alu-aluan.

Untuk mengetahui penuh mengenai Road to PMPC 2026 boleh mengikuti melalui pautan ini:

https://gerejasinodalkeuskupankeningau.blogspot.com/2021/12/gereja-sinodal-keuskupan-keningau-dalam.html?m=1