KENINGAU : Pada 26 sehingga 27 November 2018, Katekis seluruh Keuskupan Keningau telah berhimpun untuk menjalankan program penyegaran iman di Rumah Retret Keuskupan Keningau, Tatal.
Seramai 238 orang Katekis telah menghadirkan diri dalam program ini.
Objektif program ini adalah supaya katekis bukan sahaja dapat mengukuhkan, mendalami dan menyantap santapan rohani tetapi juga dapat berkongsi pendapat dan pengalaman sebagai katekis pemimpin gereja. Terutama program setahun sekali ini yang melibatkan katekis dari paroki yang berlainan sudah tentu banyak pendapat dan pengalaman yang dapat dikongsikan.