Category: St Theresa Tambunan

Pemberkatan Tapak Gereja Bapa Abraham Purutan Tambunan

𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐏𝐮𝐫𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐦𝐛𝐮𝐧𝐚𝐧 – Pemberkatan tapak bagi gereja baharu yang terletak di kampung Purutan Tambunan oleh Fr. Rudolp Joannes pada hari ini, 16 Mac 2025 pada jam 3 petang tadi. Tapak bagi pembinaan gereja tersebut merupakan sumbangan daripada Tuan Fredmond Ajap. Gereja baharu yang bakal dibina bersaiz 20×40 kaki tersebut diberi nama gereja ‘Bapa Abraham’

Taklimat dan Latihan Upacara Pemilihan Calon Baptis 2025

𝐒𝐭. 𝐓𝐡𝐞𝐫𝐞𝐬𝐚 𝐓𝐚𝐦𝐛𝐮𝐧𝐚𝐧 – Program pada pagi hari ini, 15 Mac 2025 bertempat di gereja St. Theresa Tambunan, taklimat dan latihan bagi upacara pemilihan calon baptis yang akan berlangsung esok. Peserta yang terdiri daripada calon IKK seramai 77 orang, IKR 22 orang, IKD 46 orang dan IKOkU seramai 2 orang dengan jumlah keseluruhan 147 orang

LAWATAN PASTORAL UNTUK MENDEKATI UMAT

TAMBUNAN : Pada 9 Februari 2019, Rev. Fr. Rudolf Joannes dan Rev. Fr. Harry Dorisoh telah menjalankan lawatan Pastoral ke semua 34 gabungan KKD naungan Paroki St. Theresa, Tambunan.

Fr. Rudolf dan Fr. Harry telah ditugaskan untuk melayani di Paroki St. Theresa bermula 27 November 2018 lalu. Fr. Rudolf berharap agar umat sentiasa berjalan bersama merealisasikan Tahun misi dengan 4 dimensi yang disarankan.

Dalam pada itu, paderi berharap agar para anak muda terus bermurah hati dan memberanikan diri untuk menjawab panggilan Tuhan sebagai paderi mahupun religius.

You may be interested

ST. THERESA TAMBUNAN LANCARKAN TAHUN MISSIONARI

TAMBUNAN : Paderi Paroki St. Theresa Tambunan, Rev. Fr Rudolf Joannes melancarkan Tahun Missionari yang bertemakan “ Kita dibaptis dan diutus dengan Misi mewartakan Kristus. Yang mana sambutan kemuncak perayaan Tahun Missionari akan diadakan pada 20 Oktober 2019. Dalam masa yang sama Hari Minggu Katekatikal bertemakan “Kristus Misi kita” juga turut disambut.

Sempena dengan itu, Fr. Rudolf mengajak seluruh umat khususnya di Paroki St. Theresa agar terus mahu mengenali dan mewartakan Yesus melalui penginjilan dalam keluarga, komuniti dan sesama.

Menurut beliau sesuai dengan tema Tahun Misi dan Hari Minggu Katekatikal, Kristus haruslah terus menjadi pusat kepada pelayanan dalam keluarga dan komuniti.

You may be interested

PENGINJILAN BERMULA DARIPADA KOMUNITI KECIL

TAMBUNAN : Umat KKD St. Joseph The Worker Kg. Kuyungon Paroki ST. Theresa Tambunan berkesempatan merayakan Misa Kudus dan penyembahan kepada Sakramen Mahakudus buat pertama kali bersama Paderi Paroki, Rev. Fr. Rudolf Joannes di Balai Raya Kg. Kuyungon, Tambunan.

Perayaan ini turut dihadiri  oleh Rev. Fr. Enrique Eking Lacostalis daripada Keuskupan Iligan Mindanao, Philippine, Sem. Bede Morty dan mantan Pengerusi MPP Paroki KSFX, Pn. Stella Kinsik.

You may be interested

1 2 3
×

Keuskupan Keningau

× Hubungi Admin