KATAKAN YA KEPADA KEHENDAK TUHAN

Renungan Hari Minggu Adven Ke-4 (B)

2Sam 7:1-5.8b-12.14a.16; Rom 16:25-27; Luk 1:26-38

Alkisah ada tiga syaitan yang akan menyelasaikan tugas belajar mereka mempersiapkan diri untuk turun ke dunia. Syaitan pengeran kegelapan, tampil ke hadapan mereka dan menanyakan bagaimana rancangan mereka untuk mengoda dan memusnahkan manusia.

Yang pertama menjawab, “Saya akan mengatakan kepada manusia bahawa Allah itu tidak wujud.” Syaitan menjawab, “Engkau hanya dapat menipu beberapa orang sahaja sebab manusia sungguh-sungguh menyedari dari dalam diri mereka bahawa Allah itu harus ada.”

Yang kedua mengatakan, “Saya akan mengatakan kepada manusia bahawa tidak ada neraka.” Syaitan menjawab, “Dengan cara itu engkau hanya menyesatkan beberapa orang sahaja, sebab pada suatu hari mereka akan mengetahui bahawa mereka harus menjawabnya kerana perbuatan-perbuatannya yang salah.

Akhirnya yang ketiga berkata, “Saya akan mengatakan kepada manusia bahawa tidak perlu terlalu tergesa-gesa menjawab panggilan Tuhan kerana besok masih ada.” Mendengar itu, Syaitan tertawa riang sambil berkata, “Dengan demikian engkau akan menghapus ribuan manusia untuk perlahan-lahan tapi pasti untuk melupakan Tuhan.”

Hari ini adalah Minggu Adven yang terakhir. Tokoh yang menjadi model kehidupan iman kita menjelang kelahiran Yesus adalah ibu Yesus sendiri iaitu Maria. Injil hari ini mengetengahkan kepada kita tentang kisah Malaikat yang menyampaikan pesan Allah kepada Maria, yang disambut dan dijawabnya “ya” dengan serta merta tanpa berfikir panjang atau menundanya untuk berfikir dahulu sebelum mengatakan ‘ya’.

maryJawaban Maria terhadap pesan tersebut telah merubah segala sesuatu, “Sesungguhnya aku ini adalah hamba Tuhan; terjadilah padaku menurut perkataanmu itu” (ay 38).

Maria adalah seorang wanita yang setia pada Tuhan dan menunggu kedatangan Sang Mesias sama seperti tokoh-tokoh yang lain. Sebelum Malaikat Tuhan datang kepadanya, dia sudah mempunyai rancangan sendiri sama seperti wanita yang sebaya dengannya sudahpun bertunang dengan Yosef, si tukang kayu itu.

Namun apabila dia tahu Tuhan ada rancangan tersendiri untuknya, maka segala kehendak peribadinya disingkirkannya untuk memberi laluan kepada kehendak Tuhan pula. Dia bersedia dipakai oleh Tuhan untuk menjadi ibu kepada Yesus, Sang Mesias yang sudah lama ditunggu-tunggu itu.

Seandainya Yesus itu sangat bernilai tinggi bagi kehidupan kita, maka kita memerlukan sikap seperti yang diamalkan oleh bangsa Israel sebelum Yesus dilahirkan. Pertama, kita perlu kesedaran tentang perlunya Juruselamat kehidupan kita. Sebab, tanpa Juruselamat, kita berada dalam keadaan berdosa yang tidak mempunyai harapan. Tetapi jika kita ada Juruselamat, walaupun kita berdosa, kita masih ada harapan untuk dibebaskan oleh Juruselamat kita.

Sikap yang kedua, adalah menunggu dengan sabar, tabah dan tetap setia. Sepanjang sejarah, walaupun menghadapi bermacam-macam rintangan bangsa Israel berjaya menunggu kedatang Sang Mesias dengan tekun, sabar dan tetap setia. Namun di zaman kita yang serba canggih dan serba cepat ini, apakah kita sikap tekun, sabar dan setia ini masih boleh kita amalkan?

Sejak kecil kita sudah dibiasakan dengan segala sesuatu serba segara – makanan segera, wang segera, pesanan segera, kiriman segera. Dalam keadaan demikian kita perlukan ketenangan untuk kembali ke cara hidup yang semula jadi dan melatih diri untuk sabar, tabah dan setia dalam segala hal agar dapat medengar dan menjawab Tuhan dengan segera pula.

mary 1

Maria adalah sebagai model iman kita yang dengan segera menjawab, “Terjadilah menurut kehendak-Mu.” Mungkin kita tidak terlalu pasti tentang apa yang kita lakukan, tetapi seperti apa yang Tuhan telah lakukan pada Maria, maka hendaknya sikap kitapun sama, “Terjadilah menurut kehendak-Mu.” Mungkin kita takut menyahut panggilan Tuhan, tetapi percaya terhadap Roh Kudus tetap menaungi kita maka katakan saja, “Terjadilah menurut kehendak-Mu.” Mungkin kita tidak pasti tentang segala keperluan hidup kita, tetapi sedar akan fikiran Tuhan tidak sama dengan fikiran kita, maka bersama Maria, kita tetap berani berkata, “Terjadilah menurut kehendak-Mu.”

Tuhan sentiasa mengetuk pintu hati kita untuk mendapatkan jawaban ‘ya’ dan membuka pintu hati kita kepada-Nya. Sikap menangguh-nangguh untuk menjawabnya lambat laun boleh menjauhkan diri kita dari Tuhan. Sebaliknya jika kita segera menjawab dan membuka pintu hati kita untuk Tuhan, walaupun kita merasa tidak layak, maka kita akan mengalami suatu petualangan hidup yang sungguh mencabar dan berbaloi sama ada hidup kita ini sebagai pasangan suami isteri atau bujangan.

Maka dengan mengatakan, “Terjadilah padaku menurut kehendak-Mu,” menempatkan diri kita berdampingan dengan Bunda Maria dengan mengatakan ‘ya’ nya kepada Tuhan sehingga dia disemangati untuk berkata, “Segala keturunan menyebut aku bahagia” (Lk 1:48). Maka “Pada hari ini, sekiranya kamu mendengarkan suara-Nya! Janganlah keraskan hatimu” (Mz 15:7-8). (JL)

Cadangan soalan refleksi peribadai dan perkongsian KKD.

1.Menurut pengalaman anda, apakah kiranya akibat-akibat buruk yang terjadi seandainya kita suka menangguh-nangguh untuk menjawab atau menceburi bidang-bidang yang Tuhan suruh kita lakukan?

2.Mengapakah kita boleh katakan bonda Maria adalah model kehidupan kita bukan hanya dari segi iman tetapi juga dari segi kehidupan sehari-hari kita?

Sharing is caring!