KENINGAU – Zon Minawo telah mengadakan Tamu Solidariti bagi peringkat Zon. Bertempat di KUK St. Joseph, Minawo pada 16 Sept 2018.
Sempena Hari Malaysia, perayaan Misa dimulakan dengan acara menaikkan bendera serta nyanyian lagu Sabah Tanah Airku dan Lagu Negaraku yang dilakukan serentak di setiap KUK Zon Minawo.
Seterusnya semua umat berarak ke Gereja untuk merayakan perayaan Misa Kudus yang dipimpin oleh Rev.Fr David Richard Gasikol.
Dalam renungan yang disampaikannya oleh Fr. David, beliau mengambil tema tentang “Siapakah Yesus bagi anda?” Jawapan adalah berbeza bagi setiap peribadi masing-masing mengikut kepada pengalaman yang dialami. Namun jawapan setiap peribadi itu harus dimurnikan, seperti Santo Petrus menyatakan Yesus adalah Mesias dan jawapan Santo Petrus itu adalah benar, tetapi pemahamannya Santo Petrus tentang Yesus adalah tidak benar. Mala Yesus menyatakan bahawa “Anak manusia harus menderita, sengsara dan wafat kemudian pada hari ketiga akan bangkit.”
Dalam ucapan alu-aluan Pengerusi Zon Encik Kenneth Mahinggil, Tamu Solidariti itu diadakan bagi tujuan mengumpul dana bagi pembangunan dan keperluan Gereja Zon Minawo.
Seterusnya ucapan perasmian Fr.David Gasikol diikuti dengan doa berkat Tamu Solidiriti serta pemotongan Kek sempena Hari Malaysia dan Tamu Solidariti. Tadius Kilip