FIKIRAN MANUSIA BERBEZA DENGAN FIKIRAN TUHAN

Renungan Hari Minggu Ke-5 Musim Puasa (B)

Yer 31:31-34; Ibr 5:7-9; Yoh 12:20-33

 

Suatu hari ada satu soalan teka teki yang disiarkan di stesen radio tempatan. Seorang pemuda mengalami cacat mental berlari laju menuju ke suatu destinasi. Apabila dia penat lalu berhenti sebentar, dia terkejut besar apabila ia melihat ke belakang dia tidak melihat tapak kakinya. Ramai yang memberi jawapan yang pelbagai tapi semuanya tidak betul. Akhirnya ketika siaran tersebut hampir tamat ada seorang memberi jawapan yang betul, “Sebab dia berlari ‘main belakang,” maksudnya pemuda tersebut berlari dengan cara membelakang bukan dengan cara yang biasa kita lakukan, menghadap ke hadapan.

Biasanya kita memperlihatkan pendapat yang sempit jika kita berfikiran bahawa hanya kerana seseorang itu tidak melakukan sesuatu yang betul menurut kebiasaan yang kita lakukan, maka orang itu melakukannya dengan cara yang salah. Mungkin inilah sebabnya mengapa ramai orang tidak dapat menjawab teka teki itu tadi. Bahawa mana mungkin orang berlari seperti yang dilakukan oleh pemuda itu tadi. Contohnya tulisan Cina dan Arab ditulis dan dibaca dari kiri ke kanan. Bagi kita, cara tersebut sangat berbeza dengan apa yang kita biasa lakukan tetapi ianya tidak salah. Memang terdapat peristewa-peristewa melucukan di mana kita meletakkan segala ukuran tertentu sama ada salah atau betul berdasarkan pemahaman kita sendiri.

tunasYesus menyatakan pada kita bahawa jalan-Nya tidak sama dengan jalan kita. Dia melakukan banyak hal dengan cara ‘main belakang.’ Menurut pendapat kita – sebab Yesus merupakan orang yang selalu melakukan sesuatu yang berlawanan dengan pendapat manusia. Misalnya pendapat berikut ini seharusnya betul, “Saya boleh hidup bahagia jika saya hidup hanya untuk diri saya.” “Salah”, jawab Yesus “Jika engkau hidup hanya untuk dirimu sendiri, engkau akan menderita dan menyesal. Jika engkau mahu kebahagiaan, hiduplah untuk orang lain dan mati untuk diri sendiri.” Kata-kata inilah yang merupakan pesan Yesus kepada kita semua melalui Injil-Nya pada hari ini. Bahawa, “Jika biji gandum tidak jatuh ke dalam tanah dan mati, ia tetap satu biji sahaja; tetapi jika ia mati, ia akan menghasilkan banyak buah.”

Kemungkinan Yesus telah mengecewakan orang-orang Yunani yang dikatakan ‘bijaksana’ itu, ketika mereka datang kepada-Nya dalam Injil tadi. Mereka terlalu pasti terhadap diri mereka sendiri bahawa mereka terkenal memiliki kebijaksanaan yang hebat. Yesus berkata bahawa sesiapa yang bodoh demi Allah, adalah orang-orang bijaksana yang sesungguhnya. Orang-orang yang dianggap pilihan Allah, iaitu orang-orang Yahudi itu juga mendengar Yesus berkata bahawa orang-orang yang sungguh dipilih Allah adalah mereka yang percaya, taat dan beriman pada Allah. Maka tidak hairanlah orang-orang Romawi yang sombong dan gila kuasa itu menjejek sambil mentertawakan apabila mendengar perkataan ini: “Sebab jika aku lemah, maka aku kuat” (2Kor 12:10). Nampaknya Tuhan melakukan banyak perkara yang bertentangan dengan apa yang difikirkan oleh manusia. Kelihatannya Dia tidak layak menjadi pegawai perhubungan awam yang baik, sebab Dia memang bukan bertujuan untuk menyenangkan hati orang tetapi Dia hanya mahu memimpin untuk menyelamatkan manusia itu sendiri.

Kita harus mengakui bahawa Dia tidak melakukan segala sesuatu secara ‘main belakang’. Maka apabila kita berfikiran bahawa kita terlalu melakukan sesuatu yang baik tapi nyatanya tidak menjadi kenyataan dan kita mulai merasa putus asa, sebaiknya kita kembali kepada-Nya dan mohon petunjuk-Nya. Mungkin kita sendiri telah melakukan segala sesuatu itu dengan cara ‘main belakang’ iaitu melalui jalan yang salah.

Seseorang bermimpi dia bertemu Yesus. Dia diberi kesempatan untuk melihat kembali hidupnya baik waktu bergembira mahupun ketika dia berdukacita. Satu hal yang berlangsung dalam fikirannya saat itu adalah bekas-bekas kaki sepanjang pasir. Orang itu memperhatikan bahawa ketika hidupnya berduka, hanya sepasang bekas kaki yang kelihatan tidak seperti waktu dia bergembira sentiasa ada dua pasang tapak kaki. Orang itu bertanya pada Yesus, “Tuhan, saya tidak faham. Engkau berjanji untuk selalu bersamaku. Tetapi kenapa ketika aku berada dalam kesulitan, hanya ada satu bekas kaki. Mengapa saat itu Engkau meninggalkanku?”

wayTuhan memandangnya sambil tersenyum, “Meninggalkanmu? Saya tidak meninggalkanmu. Jika engkau melihat bekas-bekas kaki itu dengan teliti, engkau mendapati bahawa bekas kaki itu lebih dalam dibandingkan dengan yang lain. Itulah saat di mana saya mengendongmu.”

Ukuran dunia memang sangat berbeza dengan ukuran Yesus. Dia adalah “Jalan”. Ada orang berpendapat bahawa Dia hanyalah berada di dalam jalan tersebut. Tuhan Yesus tidak hanya menunjukkan jalan itu tetapi Dia mahu bersama-sama kita di dalam perjalanan tersebut. Malah Dia telah menjemput pengikut-pengikut-Nya untuk tetap mengikuti-Nya, “Akulah jalan dan kebenaran dan hidup” kata-Nya “Tidak seorangpun yang datang kepada Bapa kalau tidak melalui Aku” (Yoh 14:6). (JL)

Cadangan soalan refleksi dan perkongsian KKD:

  1. Fikiran Tuhan selalu bercanggah dengan fikiran manusia. Apakah perkara demikian ini
    berlaku juga dalam diri anda? Dalam hal apa sahaja yang pernah anda alami?
  1. Apabila kita selalu percaya pada kemampuan sendiri tapi segalanya tidak menjadi kenyataan lalu kita berputus asa. Apakah cara yang paling baik untuk bangkit daripada masalah tersebut?

Cadangan aktiviti minggu ini:

Senaraikan 10 sikap atau gaya kehidupan anda – jasmani dan rohani – yang ingin anda capai selagi nyawa dikandung badan. Kemudian buatlah pelan tindakan bagaimana anda mencapainya.

Sharing is caring!