PESAN BAPA USKUP DATUK CORNELIUS PIONG MENJELANG TRI HARI SUCI

Saudara-saudari dalam Kristus,

Salam damai dan selamat masa Puasa dan Pantang.

Kita sedang membuat persiapan menyambut Minggu Suci dan Perayaan Paska.

Untuk makluman dan keturut-sertaan saudara-saudari sila ambil perhatian pada perkara berikut:

 

  • Perayaan Liturgi Sepanjang Minggu Suci dan Perayaan Paska akan dijalankan di Dewan Solidariti Dataran Keuskupan kecuali Misa Krisma (Pemberkatan Minyak) yang dirayakan pada 30 Mac 2015 ini.
  • Hari Minggu Palma, Khamis Suci, Jumaat Agung, Sabtu Suci/Malam Paska dan Hari Minggu Paska akan dijalankan di Dewan Solidariti Dataran Keuskupan.
  • Doa Jalan Salib:
    1. Pada 27 Mac 2015, Doa Jalan Salib akan diadakan di Nulu Sosopon jam 4 petang, akan tetapi Doa Jalan Salib diadakan juga seperti biasa di KSFX pada jam 5.30 petang.
    2. Pada 3hb April 2015, Doa Jalan Salib ditiadakan di Dataran Keuskupan. Saudara-saudari bolehlah mengikuti Doa Jalan Salib di Nulu Sosopon jam 8 pagi atau di Bukit Mesra Bias pada jam 8 pagi.
  • Rekoleksi bagi para pemimpin dan pelayan KKD, KUK, ZON, MPP, Komiti, Kerasulan, Komuniti (AJKT bagi setiap badan) akan diadakan pada 28 Mac 2015, bertempat di Dewan Solidariti Dataran Keuskupan. Kedatangan yang berkenaan adalah wajib. Program adalah seperti berikut:

7.30 pagi         : Pendaftaran

8.30 pagi         : Kata-kata pembukaan oleh Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong

9.00 pagi         : Saat teduh dan renungan oleh Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong

10.00 pagi       : Kopi-kopi

10.30 pagi       : Ceramah oleh Fr Rudolf Joannes

11.45 pagi       : Dialog

12.15 tghri      : Makan tengahari

 

 

+ Bishop Datuk Cornelius Piong

Rektor Katedral KSFX

Sharing is caring!