KEUSKUPAN KENINGAU RAIH ULANG TAHUN KE-25
KENINGAU : 5 Mei merupakan tarikh istemewa dan bermakna khasnya umat di Keuskupan Keningau kerana telah berjalan bersama Yesus selama 25 tahun. Umat Katolik di Keuskupan Keningau kini telah mencecah 135 544 orang berbanding ketika Keuskupan Keningau yang baru ditubuhkan pada 6 Mei 1993 iaitu sebanyak 56 852 orang.