KENINGAU – Zon Minawo mengadakan Kesyukuran Krismas, Tahun Baru dan Ulangtahun Pelayanan Ketikis Severinus yang ke-30 tahun bertempat di KUK ST. Monica Baitah pada 30 Januari 2017 yang di dirasmikan oleh Yang Mulia Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong.
Lebih kurang 350 umat telah datang menghadiri Misa yang disempurnakan oleh Yang Mulia Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong dan seterusnya menyaksikan acara-acara pentas yang di sampaikan dari setiap KUK. Antara yang menarik dalam acara tersebut adalah, Ahli Jawatan Kuasa KUK Baitah telah memberi tumpuan kepada warga emas untuk memberi penghargaan kepada mereka, di mana Warga Emas kebanyakan terdiri daripada pelayan gereja dan bekas Pengerusi Zon dan Kuk.
Umat di setiap KUK juga tidak melupakan jasa baik dan pelayanan Katekis Severinus yang mana beliau telah mula melayan di Gereja sejak tahun 1985 sehingga sekarang, yang mana beliau pada masa itu adalah Pengerusi KUK yang pertama di KUK ST. Yohanes Bomboi. Ketikis yang lain juga turut diberi penghargaan oleh semua umat.
Dalam pesanan Yang Mulia Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong walaupun dalam masalah yang menimpa menyebabkan beban hidup melumpuhkan akal sihat dan pelayanan kita, disinilah kita memerlukan Tuhan dan dalam Firman-Nya, Yesus Kristus pernah berkata: “Jangan mahu dikalahkan oleh kekuatan jahat, tapi lawanlah dalam iman”.