ZIARAH KASIH OLEH KKD ST.JOSEPH, LINGKUDAU

Artikel oleh : Juanis bin Marcus

Kg.Lingkudau, Keningau :-  Pada 12 Mar 2024, KKD St.Joseph, Kg.Keningau mengambil peluang sempena minggu ke-4 Pra-Paska ini untuk memberi sumbangan dan melawat orang sakit di sekitar kkd mereka.

Program yang dinamakan sebagai “Ziarah Kasih” itu bukan sahaja bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan tetapi juga sebagai satu program untuk mengeratkan silaturahim diantara ahli kkd.

Program bermula pada jam 9.00am, yang mana ahli-ahli kkd mengumpulkan barang-barang sumbangan di rumah kediaman Pengerusi KKD, St.Joseph, Kg.Lingkudau iaitu Sdra. John Kennedy.

Sekitar jam 10.00am, mereka mula bergerak bersama untuk memberikan sumbangan. Sumbangan berbentuk barangan dapur dan lampin pakai buang. Orang sakit yang terlantar dirumah turut dikungjungi dan disapa.

Ahli-ahli kkd tidak kelihatan penat walaupun terpaksa mengharungi cuaca panas malah gelak ketawa merekalah yang memenuhi sepanjang perjalanan. Menurut Katekis Flora, yang juga pembimbing rohani bagi kkd berkenaan, pemberiaan yang ikhlas mampu melahirkan rasa sukacita yang sejati.

Rata-rata mereka yang dilawati juga turut meluahkan rasa gembira. Ada diantara mereka yang terlantar sakit meminta sendiri untuk diambil gambar kenangan bersama ahli-ahli kkd.

Program selesai pada jam 12.00pm, setelah lebih kurang 10 buah rumah dilawati. Ahli-ahli kkd berkumpul dan makan bersama terlebih dahulu sebelum bersurai. Program ini mengajarkan sesuatu bahawa “sumbangan” yang paling dinantikan adalah kepedulian kita kepada sesama”

Sharing is caring!