SURAT PASTORAL

coatofarms_2

Rev. Fathers, Religius Brothers dan Sisters, Komuniti Betania, para Katekis, para Pengerusi dan ahli-ahli TPK, MPP, MPM, KWK, KBK, Komuniti, Komiti dan semua Umat.

Puji Tuhan dan syukur, kita sudah masuk Tahun Baru 2017. Selamat menempuh tahun 2017. Marilah kita berjalan bersama dalam terang Tuhan supaya tidak ada apapun bentuk kegelapan yang boleh menguasai dan menyesatkan perjalanan iman dan hidup kita. Yakin bahawa Tuhan sentiasa menyertai kita, marilah sama-sama menjalankan tugas dan pelayanan agar melalui keluarga dan umat beriman kita dapat “membangun dan membentuk Komuniti Umat Allah yang komited dan efektif melayani Kerajaan-Nya”.

Pada awal tahun 2017 ini Keuskupan kita akan menjalankan beberapa pertukaran Paderi. Uskup bersama dengan para konsultors telah mengambil ketetapan berikut berkaitan dengan pertukaran Paderi:

  1. Fr. Paul Mikin yang pada masa ini melayani di Paroki St. Patrick, Membakut akan ditukar dan dilantik untuk melayani di Paroki St. Valentine, Beaufort dan Sto. Pembaptis, Sipitang membantu Msgr Gilbert Engan.
  2. Fr. Ronnie Luni yang baru selesai balajar di EAPI Filipina hampir satu tahun adalah dilantik untuk melayani di Paroki St. Patrick, Membakut dan mengetuai pengurusan Rumah Retret Keuskupan Keningau, Purun, Kuala Penyu.
  3. Fr. Lazarous Uhin yang pada masa ini sedang melayani di Paroki Katedral St. Francis Xavier, Keningau akan ditukar dan dilantik untuk melayani di Paroki St. Peter, Bundu Kuala Penyu membantu Rev. Fr. Boniface Kimsin.
  4. Fr. Hilanus Simon yang pada masa ini sedang melayani di Paroki Roh Kudus, Sook akan ditukar dan dilantik untuk melayani di Paroki Katedral St. Francis Xavier, Keningau membantu Uskup dan Team Paderi-Paderi yang sedang melayani di KSFX.
  5. Fr. Harry Dorisoh yang pada masa ini melayani di Paroki St. Peter, Bundu Kuala Penyu adalah ditukar dan dilantik untuk melayani di Paroki Roh Kudus, Sook membantu Rev. Fr. Claudius Andrew.
  6. Keuskupan Keningau akan menjadi Tuan Rumah pertemuan para Uskup dan para Paderi seluruh Sabah pada 16-18 Januari 2017, bertempat di RRKKT dan juga PZKKNS.

Kami berharap agar pihak Umat dan Paderi-Paderi di Paroki-Paroki yang terlibat dalam pertukaran akan bekerjasama dalam semangan Kesatuan, kesetiaan dan pelayanan.

Pertukaran ini akan berkuatkuasa pada 1hb Februari 2017.

Terima kasih.

Kebahagiaan Adalah Kekitaan

+Bishop Datuk Cornelius Piong

Sharing is caring!