SISTER POOR CLARE ANJUR MINI BAAZAR DI RUMAH RETRET KEUSKUPAN KENINGAU TATAL

Artikel oleh : Caroline Liew

Salah satu gerai yang dibuka sama Mini Bazaar Poor Clare

KENINGAU–27 Nov, Umat di sekitar Paroki KSFX memeriahkan perkarangan RRKK Tatal bagi menyokong Mini Baazar anjuran Sister Poor Clare yang diadakan buat pertama kalinya setelah bertapak di Keuskupan Keningau sejak September 2019. Mini Baazar bermula setelah Misa Kudus pada jam 8.00AM selesai dengan gimik perasmian yang disempurnakan oleh Fr. Alberto Ireneus.

Mini Baazar yang bermula pada pada jam 9.30 am sehingga 5 PM menampilkan 10 buah gerai yang menawarkan pelbagai jenis jualan seperti makanan , minuman, tanaman, hasil kraftangan, barang kudus serta permainan untuk para pengunjung yang datang. Sr.M.Chiara yang sempat ditemualbual berharap agar target jualan mini baazar dapat dicapai dengan baik dan umat dapat bersama dengan para Sister Clare untuk menjual dan membeli dengan penuh sukacita. Turut hadir menyokong dalam Mini Baazar ialah Pengerusi MPP KSFX Nancy Nelly, para sister FSIC, Komuniti Betania dan komuniti-komuniti lain yang ada di KSFX.

Pada masa kini, terdapat 4 anggota Sister Poor Clare yang menetap di RRKK Tatal iaitu Sr.M.Chiara Francis,OSC, Sr.M. Leonissa Maidin,OSC, Sr.M. Gloria Pusan,OSC, Postulan Genester manakala terdapat 1 Novis sister dan 2 aspirant yang berada di Mother House Philippine. Sister Poor Clare kini telah bertapak di Malaysia khususnya di RRKK Tatal selama lebih 3 tahun.

Misi kongregasi melalui kehidupan kontemplasi yang merupakan jantung Gereja membekalkan makanan rohani dan tenaga bagi Gereja. Sister Poor Clare adalah satu kerasulan doa terutamanya untuk Keuskupan Keningau iaitu di lokasi keberadaan Sister Poor Clare yang akan memberi sokongan doa dalam segala aspek terutamanya dalam menyokong Visi dan Misi di Keuskupan. Biara Sister Poor Clare turut menerima kehadiran umat, mendengar masalah yang dikongsi, memberi sokongan dan kaunseling serta menerima intensi mereka untuk didoakan.


Biara Sister Poor Clare yang sedang dibangunkan

Inisiatif penganjuran Mini Baazar yang sudah dirancang sejak kurang sebulan lalu ini adalah untuk tujuan pencarian dana pembangunan Biara Poor Clare di RRKK Tatal yang setakat ini baru mencapai 30% kerja-kerja pembinaan dan masih memerlukan dana. Bagi umat yang ingin menyumbang boleh salurkan menerusi akaun Poor Clare Monastery Keningau (5020540027 – Public Bank) atau berhubung terus dengan Sister Poor Clare di RRKK Tatal.

Sharing is caring!