Ceramah sedang berjalan

KENINGAU : Pada 28 Julai 2017,  Seminar Eksorsisme dan Doa-doa Pembebasan telah diadakan. Seminar yang berlangsung selama 2 hari ini bertempat di Dewan KSFX. Seminar ini merupakan anjuran bersama KiPKK dan Rev. Dr. Charles Chiew yang juga sebagai penceramah utama.

Rev Dr. Charles menyampaikan ceramahnya

Seminar ini dihadiri oleh 289 orang umat daripada pelbagai paroki sekitar Keuskupan Keningau, termasuklah beberapa umat-umat daripada keuskupan yang lain.Umat-umat yang hadir

Dalam seminar ini, gereja memperkenalkan pengetahuan mengenai syaitan atau kuasa roh jahat dan tindak tanduknya.  Ini adalah supaya umat mengetahui sifat-sifat syaitan dan dapat menjauhkannya. “Mereka yang mengabaikan kewujudan kuasa roh jahat kerana ingin hidup dalam ketenangan adalah bahaya.” Ujar Fr. Charles dalam ceramahnya.

Umat yang hadir

DSC_0021

Eksorsisme digunakan untuk mengusir syaitan atau untuk membebaskan dari pengaruh syaitan  daripada manusia, tempat, objek ataupun ikatan dengan kuasa jahat. Eksorsisme merupakan salah satu cara untuk menjauhkan syaitan.

Siapakah seorang eksorsis? Merujuk kepada Katekismus Gereja Katolik (KGK) 1673 seorang eksorsis itu adalah seorang imam atau paderi yang telah dilantik dan disetujui oleh Uskup. Mereka yang dipilih ini boleh melakukan eksorsisme rasmi atau yang dinamakan eksorsisme besar. Mereka yang diberikan mandat melakukan eksorsisme haruslah bijaksana dan patuh kepada peraturan-peraturan yang disusun Gereja. Eksorsisme yang biasa terjadi sewaktu pembapisan.

Namun, sebelum eksorsisme itu dijalankan, penting bagi seorang eksorsis itu memastikan bahawa sakit fizikal yang dialami oleh seseorang itu bukan berpunca daripada masalah kesihatan atau penyakit melainkan kehadiran roh jahat. Berbeza dengan penyakit terutama yang bersifat psikologi, yang sememangnya memerlukan rawatan kesihatan.

DSC_0108

DSC_0140
Pemberkatan Minyak, Garam & Air

DSC_0160

This will close in 20 seconds