RETRET KPIKK KSFX

Artikel oleh : Melissa Floly

Keningau: Komiti Inti Pembaharuan Karismatik Katolik (KiPKK) KSFX telah mengadakan sebuah retret khusus untuk para pelayan KiPKK yang disertai seramai 165 orang dari seluruh paroki. Retret ini bermula  dari 10 Mac sehingga 11 Mac 2023 bertempat di St Joseph Minawo, Keningau.

Retret yang dijalankan selama 1 hari setengah itu telah menyediakan pengisian-pengisian  yang bertujuan untuk menyemarakkan kembali semangat pelayanan para tim KiPKK setelah pandemik yang kian berlalu. Hari pertama retret, para peserta bersama-sama dalam  doa penyembahan cara karismatik yang dikendalikan oleh  Bro. Jika George selaku Pengerusi KiPKK Paroki KSFX. Dalam sesi ini, peserta dibawa memuji dan menyembah dengan nyanyian lagu dan muzik selama sejam. “Saya merasakan damai sukacita, dan ada kerinduan yang begitu dalam untuk memuji Tuhan”, kata salah seorang dari peserta retret itu semasa mengikuti sesi ini.

Di hari yang kedua, Bro. Jika berkongsi kepada para peserta retret tentang menanggapi masalah dalam pelayanan, beliau menyimpulkan bahawa kita perlu mengarahkan kembali fokus terhadap pertumbuhan iman dan selalu mengandalkan Roh Kudus dalam kehidupan kita sehari-hari. Seterusnya, Kat. Victor Ekang turut membawa para peserta  mengobarkan kembali urapan Roh Kudus dengan cara, menghayati dan meresapi Firman Allah setiap hari, seterusnya mengekspresikan iman melalui tindakan kasih kita kepada sesama.

Sesi terakhir dalam ini, adalah sebuah perkongsian dari Bro. Lius Yonolon, dimana beliau berkongsi suka duka dari awal pelayanannya sehingga ke hari ini. Dimana beliau menyeru kepada semua tim KiPKK untuk terus bertahan, dan mengobarkan urapan Roh kudus dalam pelayanan, kerana akhirnya tujuan utama bagi pelayanan kita adalah membawa kasih Kristus kepada sesama.

Beberapa peserta retret ini meluahkan rasa syukur dan mendapat kelegaan dalam retret kali ini, “Saya terasa beban yang saya pikul selama ini, menjadi ringan” begitulah luahan hati dari seorang lagi peserta retret ini. Terdapat juga perkongsian dari Puan. Maini, yang juga peserta retret ini, tentang kuasa pengampunan yang dialaminya, memberikan dia sukacita dan semangat baru untuk kembali melayani. Retret Pelayan KiPKK ini diakhiri dengan lagu pujian sebagai kesyukuran serta para peserta turut meluangkan masa untuk makan bersama-sama.

Sharing is caring!