REKOLEKSI DAN MESYUARAT KOMSOS KEUSKUPAN KENINGAU

ebddb4d2-929b-4da5-af56-562f18393e57

KENINGAU : Pada 12 Ogos 2017, rekoleksi dan mesyuarat KOMSOS Keuskupan Keningau telah diadakan. Seramai  30 orang ahli KOMSOS telah hadir dalam mesyuarat ini. Dihadiri oleh ahli-ahli KOMSOS mewakili setiap paroki di bawah naungan  Keuskupan Keningau. Rekoleksi dan mesyuarat ini diadakan di Pusat Ziarah Keluarga Kudus Nulu Sosopon (PZKKNS).

Mesyuarat dimulakan pada jam 9 pagi dan dipengerusikan oleh ketua KOMSOS, En. John Liansin. Mesyuarat dimulakan dengan doa dan ucapan selamat datang kepada ahli-ahli KOMSOS daripada paroki-paroki yang lain.

Perbincangan mengenai tugas dan pelayanan KOMSOS sempena dengan persediaan untuk sambutan ulang tahun Keuskupan Keningau yang ke 25. Dimana AJK sejarah bagi dua kawasan iaitu Zon Keningau Pedalaman bawah dan atas  ditubuhkan. Penubuhan AJK ini adalah untuk memudahkan lagi tugas-tugas KOMSOS dalam membahagi-bahagikan tugas dan pelayanan. AJK  yang dibentuk ini diberi tugas untuk mencari maklumat mengenai sejarah-sejarah gereja dan penubuhan Paroki masing-masing sehingga tertubuhnya Keuskupan Keningau. Yang mana maklumat ini akan dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam buku Jubli Perak Keuskupan Keningau 2018.

eda4033c-b0b8-4cdb-8cdf-483b791657bc

Selain itu, takwim tahunan juga dibincangkan. Perlaksanaan Kursus Kewartawanan anjuran bersama KOMSOS dan MPP akan diadakan. Antara perkara berbangkit adalah pembahagian dan penjualan kupon sempena Tamu Solidariti  ke-15 kepada setiap paroki untuk persiapan Jubli Perak Keuskupan Keningau 2018. 

c5924374-0352-4a5f-9b00-77d81c3a2972

Selepas mesyuarat, Misa Kudus diadakan. Disempurnakan oleh Bapa Uskup Cornelius Piong. Bapa Uskup berpesan kepada ahli KOMSOS bahawa tugas KOMSOS bukanlah setakat mengambil gambar dan membuat artikel tetapi juga berperanan dalam menarik minat  dan menyedarkan umat akan aktiviti-aktiviti gereja dan seterusnya mendorong mereka untuk mengikutinya.

Selepas misa, acara bergambar bersama Bapa Uskup diadakan. Bapa Uskup dan ahli-ahli KOMSOS di jemput untuk mengikuti jamuan makan tengah hari.

Sharing is caring!