REKOLEKSI DAN MESYUARAT KOMITI KATEKIS PERINGKAT PAROKI KENINGAU

KENINGAU – Komiti Katekis telah mengadakan satu rekoleksi dan mesyuarat pada 16 hingga 17 Mac 2018. Rekoleksi yang dihadiri oleh 86 orang katekis dari setiap zon di Paroki Keningau diadakan di Pusat

Pada 16 Mac, perlawanan persahabatan bola sepak diadakan di Padang Penjara Keningau. Dua pasukan yang dibentuk iaitu Pasukan A yang diketuai oleh Rev. Fr. Rudolf Joannes, pembimbing rohani Komiti Katekis dan Pasukan B yang diketuai oleh Kat. Alexius Tawasin selaku Pengerusi Badan Tindakan Sosial Komiti KSFX. Pasukan A telah memenangi perlawanan ini dengan jaringan 6-5.

Hari berikutnya pula diadakan rekoleksi yang disampaikan oleh Fr. Rudolf. Dimana perbincangan, perkongsian serta cabaran-cabaran yang dihadapi di bincangkan. Dikuti dengan perayaan Misa penutup yang disempurnakan oleh Fr Rudolf.

“Seperti Yesus yang menghadapi cabaran namun tetap setia pada iman, kita semua juga mempunyai cabaran masing-masing. Cabaran dalam keluarga, pelayanan, kerja, persekitan mahupun dalam kehidupan. Masih dapatkah kita melihat kasih Yesus dalam setiap cabaran yang dihadapi? Oleh itu, percayalah dalam setiap cabaran yang dilalui itu, Yesus sentiasa hadir,” demikanlah homili yang disampaikan Fr Rudolf.

 

Fr Rudolf turut berpesan agar para katekis supaya sentiasa memohon campur tangan daripada Tuhan dan bimbingan Roh Kudus serta bantuan doa daripada Bonda Maria agar semakin teguh, kuat, setia dan semakin berbuah dalam pelayanan.

Seusai perayaan Misa, rekoleksi diakhiri dengan majlis makan bersama di Kantin PZKKNS.

Sharing is caring!