PUSAT PEMBENTUKAN PASTORAL KEUSKUPAN KENINGAU (PPPKK)

Pengarah: Rev Fr Rudolf Joannes

Alamat: Katedral St Francis Xavier

Staf:

En John Lainsin, En Fredolin Umis,  Sr Patricia Limun, FSIC & Pn Marianna

Alamat:

P.O. Box 256,

89008 Keningau – Sabah

Tel: 333075 / Fax: 087-330493

 

ppk

Pusat Pembangunan Pastoral Keuskupan Keningau (PPPKK) yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Katekis (PUSKAT), telah memulakan operasinya pada tahun 1972. Sesuai dengan matlamatnya, “Pembentukan Minda dan Iman yang berterusan”, pusat ini bertanggungjawab untuk membentuk para peserta kursus dalam bidang kepemimpinan Kristian yang berorientasikan kerohanian dan pastorak kateketik.

Program Pembentukan

Pembentukan berterusan yang ditawarkan oleh pusat ini adalah program yang seimbang antara bidang studi yang berkenaan dengan pembentukan komuniti dan perayaan-perayaan liturgi. Pusat ini menekankan nilai-nilai hidup berkomuniti melalui perayaan-perayaan liturgi, makan bersama, rekreasi dan perkongsian. Selain daripada kursus-kursus yang dikendalikan dalam kelas, para peserta diberi kesempatan untuk latihan amali di kampung-kampung atau di Komuniti Kristian Dasar (KKD) yang berhampiran untuk memantapkan lagi kemahiran mereka dalam bidang pelayanan yang tertentu.

Semua program pembentukan adalah terbuka kepada semua umat terutama para pemimpin awam, lelaki dan perempuan yang berpendidikan tingkatan V dan ke atas atau sekurang-kurangnya tingkatan III tetapi sudah lama bertugas di gereja dalam bidang yang tertentu. Para pemohon hendaklah mengisikan borang permohonan dan hantar/kirimkan kepada kami bersama dengan surat rekomendasi daripada pihak-pihak berkenaan atau paderi paroki setempat.

Kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  1. Kursus Asas Petugas Pastoral (3 bulan)
  2. Bengkel Teknik-Teknik Penulisan (1 minggu)
  3. Kursus Kateketikal setiap sabtu (1 tahun)
  4. Kursus Penyegaran Komuniti Kristian Dasar ( 1 minggu)
  5. Bengkel Kefahaman dan Pengurusan Liturgi (1 minggu)
  6. Bengkel Pewarta Sabda dalam Perayaan Ekaristi (1 minggu)
  7. Kursus Pemimpin Ibadat Sabda dan Pelbagai Upacara Doa (1 minggu)
  8. Kursus Pembaharuan Untuk Para Katekis (3 hari)

Tenaga Pembimbing

Para pembimbing yang mengendalikan kursus adalah pemegang licentiate, sarjana, diploma atau mahir dalam bidang-bidang tertentu. Mereka semua adalah terdiri daripada Paderi, Religius dan awam yang dilantik oleh Uskup.

Yuran Kursus

Yuran setiap kursus meliputi pembiayaan:

  1. Pendaftaran
  2. Pengendalian Kursus
  3. Nota-nota
  4. Penggunaan Perpustakaan
  5. Tempat Penginapan
  6. Alat-alat sukan
  7. Makan dan Minum harian

 

P1000916

P1010051

P1010046

P1000955

P1000960

Sharing is caring!

Posted in PPK