PERLAFAZAN KOMITMEN PERTAMA ANGGOTA ISKB

KENINGAU : Pada 14 Disember 2018, saudari Liza Matthew telah melafazkan komitmen pertama beliau sebagai anggota Institusi Sekular Komuniti Betania (ISKB). Bertempat di Rumah Retret Keuskupan Keningau, Tatal (RRKKT).

Sempena dengan itu, perayaan Misa telah disempurnakan oleh YM Uskup Cornelius Piong. Dihadiri lebih kurang 200 orang umat.

Dalam masa yang sama juga, empat orang anggota ISKB turut memperbaharui komitmen mereka di hadapan Uskup dan umat yang turut hadir memeriahkan majlis.

“Tuhan sentiasa memanggil, tapi apakah kita mendengar? Sama ada sebagai paderi, sister, religus mahupun sebagai ibu bapa. Apa pun jenis panggilan, itu adalah panggilan daripada Tuhan yang mempunyai misi tersendiri dan sesuai dengan kehendak Tuhan. Perasaan ragu sememangnya akan muncul dalam menjawab panggilan. Tapi di sebalik keraguan itu atasilah dengan keyakinan.”

“Namun begitu, dalam menjawab panggilan Tuhan memerlukan pengorbanan. Menjawab panggilan tidak semestinya keadaan semuanya baik. Panggilan itu dimampukan oleh Tuhan. Perlulah ada kerendahan hati untuk mengutamakan kesatuan dengan Yesus.”

 “Sesuaikan panggilan kamu dengan keperluan gereja khususnya di Keuskupan Keningau ini. Melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti anjuran gereja, yang membolehkan kamu dapat bersaksi,” Pesan Uskup kepada semua anggota ISKB.

Upacara Perlafazan Pertama Saudari Liza Matthew
Upacara Pembaharuan Komitmen

Selepas homili, upacara perlafazan komitmen pertama bagi Sdri. Liza Matthew berlangsung diikuti dengan upacara pembaharuan komitmen empat anggota ISKB, Winnah Jude, Melita Petrus, John Ambi dan Janet Leong.

Sdri. Liza yang berasal dari Kuala Penyu,  mengucapkan terima kasih terutamanya kepada keluarganya yang datang dari jauh dan juga yang bertungkus-lumus dalam persiapan upacara itu. 

Uskup, Liza dan Moderator ISKB, Mary Tunsin

Ahli keluarga Liza Matthew

Anggota ISKB dan pemantau

 

 

 

Sharing is caring!