PERKONGSIAN PESERTA ‘LEADERSHIP & EXPOSURE CAMP’

ACM

Sebagai seorang pemimpin, saya harus terbuka dengan semua orang, mengampuni dan menerima. Walaupun ia bukan sesuatu perkara yang mudah terutama dengan  seorang yang pernah menyakiti hati kita memang susah, banyak cabaran. Melalui sesi dalam kem ini (cthnya:Who I am today), untuk mengampuni dan menerima, saya terlebih dahulu mesti mengenali, menerima dan mengasihi diri sendiri. Dengan cara itu saya akan lebih terbuka untuk mengasihi orang lain – Adolf Cory Maximus

EMTatkala saya dalam perjalanan ke KG Megitom Ulu, Keningau yang sejauh 5.2 KM. Sepanjang perjalanan, saya dapat menikmati dan bersyukur betapa indanhnya ciptaan Tuhan. Dalam masa yang sama, saya turut bersyukur kerana dapat merasai pengalaman penduduk di sana yang harus berjalan jika tiada kenderaan dengan melalui kawasan bukit bukau. Sesungguhnya, keberadaanku di KG, Mogitom Ulu bersama dengan rakan peserta yang lain memberikanku seribu makna. Saya dapat mengenali dan memahami cara hidup penduduk kampung terutamanya keluarga angkat saya sepanjang mengikuti kem ini. Melalui kem ini, saya belajar untuk saling menerima kelebihan dan kekurangan seseorang bermula dari awal program semasa sesi suai kenal diadakan. Dalam masa yang sama, saya dapat lebih mengenali diri saya dan juga mengetahui ciri kepimpinan dalam diri saya – Easther Miki

Sharing is caring!