KENINGAU: Lebih 400 orang umat Filipina bersama komuniti-komuniti tempatan lain, merayakan Perayaan Anak Yesus, iaitu Hari Besar Sto Nino dari Cebu di Katedral St Francis Xavier (KSFX) pada 15 Januari lalu.
Pada tahun ini, perayaan ini bertema, “Biarkan Anak-anak itu datang kepada- Ku”. Patung kanak-kanak Yesus yang dibawa oleh kebanyakan umat sempena perayaan ini adalah lambang harapan dan perlindungan.
Misa Kudus Perayaan Sto Nino dipimpin oleh Fr John Emerson dari Keuskupan Masbate, Filipina pada jam 1.00 petang. Sebelum Misa, perarakan membawa patung Kanak-kanak Yesus dari pintu masuk Dataran Solidari ke Altar diadakan dengan penuh hormat dan meriah.
Cherilyn Rondidas, Pengerusi Komiti Pastoral Filipina mengungkapkan rasa terima kasihnya kepada semua ahli Komiti Penganjur di atas usaha dan komitmen mereka dalam menjayakan Pesta Tahunan tersebut. Katanya, sokongan dan komitmen yang berterusan dalam menjayakan pesta itu membuktikan semua umat diberkati oleh Tuhan.
“Tuhan melihat segala kebaikan yang anda melakukan dan senyuman pada wajah belas kasihan-Nya memperlihatkan Dia sangat menghargai atas apa yang anda telah lakukan. Semoga Sto Nino memberkati kita dengan kelimpahan belas kasihan dan cinta kasih-Nya agar kita terus dapat berjalan dalam iman, diperkuatkan dan menjaga kita.
Pengerusi itu juga menyampaikan penghargaannya kepada Fr John Emerson kerana telah datang tiga tahun berturutturut bagi merayakan Pesta Sto Nino bersama umat Filipina di Keningau. “Saya percaya, Fr telah melalui banyak cabaran untuk mempersatukan komuniti ini dan sehingga kini, Fr telah memperlihatkan bahawa dengan bantuan Tuhan, segala-galanya tidak ada yang mustahil.
Di dalam khutbahnya yang bertema “Kanak-kanak” menurut Injil Markus 10:13-16, mengingatkan para jemaat tentang kewajiban dan peranan ibu bapa agar tidak membanding-bandingkan anak sendiri dengan anak orang lain.
Tegas Fr John, apabila anda membanding- bandingkan pencapaian akademik anak anda dengan kanak-kanak lain, sama ada hasilnya menjadi lebih baik atau mengakibatkan kanak-kanak itu tertekan, keyakinan rendah dan berasa tidak disayangi.
“Apabila anda membanding-bandingkan anak anda dengan kanak-kanak lain, memuji kanak-kanak lain lebih pandai atau lebih bijak daripada anak sendiri, anak itu secara senyap-senyap mula membenci saudaranya sendirinya. Ini akan mendorong anak itu untuk bertindak ganas, suka mengganggu malah mengejek. Sifat ibu bapa yang suka membanding- bandingkan adalah umpama menyampaikan pesan bahawa anak yang lebih pandai akan lebih disayangi. Ini akan menyebabkan anak yang tidak diberi pujian, mula tersinggung dan tidak ada keyakinan diri.
Fr John menegaskan bahawa setiap kanak-kanak adalah unik dan mempunyai kebijaksanaan mereka sendiri. Mereka mempunyai minat, kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Ibu bapa seharusnya lebih menyokong, memberi motivasi dan kasih sayang, bukan membanding-bandingkan.
Selepas Misa Kudus, para umat seterusnya menyertai perarakan membawa patung Kanak-kanak Yesus, dari pintu masuk Gereja ke Dewan Dataran Solidariti. Majlis makan bersama juga diadakan dengan pelbagai hidangan masakan Filipina dan tempatan. Turut hadir dalam majlis itu ialah Fr Rudolf, Fr Francis, Pengerusi MPP KSFX Stella Kinsik dan Seminarian David