Keningau – 31 Disember 2017 adalah tarikh bersejarah bagi Komiti Umat Katolik (KUK) St.Yohanes Rasul Bomboi amnya di Zon Minawo kerana menjadi tuan rumah bagi Pesta Keluarga Kristian Peringkat Paroki KSFX yang diraihkan setiap tahun. Disamping itu, pemberkatan Dewan Gereja Keluarga Kudus St.Yohanes Rasul Bomboi yang baru siap dibina turut diadakan. Misa Kudus dan Upacara Pemberkatan Dewan  disempurnakan oleh YM Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong.

Berkat

      Dewan Gereja Keluarga Kudus St.Yohanes Rasul Bomboi yang dirasmikan oleh YB Datuk Ellron Alfred Angin Pembantu kepada Ketua Menteri merangkap Adun N.37 Sook siap sepenuhnya sebelum Perayaan Krismas yang lalu. Walaubagaimanapun umat di alu-alukan untuk terus menderma bagi kelangkapan dewan seperti tandas, pendawaian elektrik serta dapur.

     Sempena dengan Perayaan Pesta Keluarga Kudus, Uskup dalam renungan mengajak betapa penting untuk menyedari dan mensyukuri tanggungjawab membangun keluarga masing-masing. Menjadi suami dan bapa, isteri dan ibu adalah satu panggilan. Walaupun banyak cabaran yang dihadapi tapi jangan sesekali berputus asa, seperti Maria yang di lawati oleh Malaikat Gabril yang pada mulanya ragu-ragu dengan panggilan untuk menjadi ibu kepada Yesus, tetapi dengan imannya dia yakin maka dia sanggup menerima panggilan itu. Sentiasa merujuk kepada Keluarga Kudus sebagai teladan seperti Bonda Maria, Yosef dan Yesus.

Uskup berpesan kepada calon-calon suami isteri supaya mengambil masa secara konkrit  untuk mengikuti retret sebelum ke perkahwinan agar dapat memasuki alam suami isteri dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab. Beliau juga berharap agar calon-calon suami isteri di masa akan datang agar mengambil masa serta merujuk kepada Paroki.

Kemudian ucapan kata-kata aluan oleh Bapa Uskup, dalam ucapan singkatnya yang pertama Uskup menerangkan tentang mesej Krismas yang mana ungkapan Krismas adalah cinta kasih Allah. Ungkapan Krismas yang kedua adalah keinginan Allah menyertai kita secara peribadi, dalam keluarga dan masyarakat setiap hari. Ungkapan ketiga pula adalah keinginan Allah menyelamatkan kita dari kekuasan dosa.

 Uskup juga mengumumkan bahawa perayaan Pesta Keluarga Kudus akan diraihkan di Pusat Ziarah Keluarga Kudus Nulu Sosopon sempena Jubli Perak 2018.

gmbar bersama

      Seusai perayaan Ekaristi, acara simbolik dilakukan oleh Bapa Uskup dan YB Datuk Ellron menurunkan tandatangan pada Plak Perasmian yang disaksikan oleh umat Zon Minawo. Banyak acara yang telah disusunatur antaranya pemberian cendera kenangan kepada setiap Pengerusi Zon, pengumuman pemenang keceriaan luar dalam gereja yang dimenangi oleh KUK St.Michael Kindasan dan persembahan dari Kerasulan Belia Katolik (KBK) Zon.

potong reben

  Acara penutup di akhiri dengan doa penutup oleh Kat. Severinus Jaitin tepat jam 6.30 petang  – Tadius Kilip

This will close in 20 seconds