PERAYAAN HIDUP BAKTI TAHUN PERINGKAT KEUSKUPAN KENINGAU

Keningau – Paus Fransiskus telah mengumumkan bahawa tahun 2015 akan didedikasikan sebagai Tahun Hidup Bakti (Year of Consecrated Life). Ini bererti bahawa tahun 2015 secara khusus akan mengangkat tema kehidupan religius dan panggilan-panggilan, khususnya panggilan terhadap hidup bakti. Tahun Hidup Bakti secara rasmi dibuka pada 21 November 2014 dan akan ditutup pada 21 November 2015. Sebagai pengetahuan, tarikh 21 November adalah Pesta Maria dipersembahkan kepada Allah (Feast of the Presentation of Mary). Tarikh ini pula yang dicanangkan oleh Paus Emiritus Benediktus XVI sebagai Hari “Pro Orantibus” (untuk mereka yang berdoa), maksudnya adalah hari untuk secara khusus mengingat dan mendoakan kaum religius.

DSC_3974

Pada 05 Mac 2016 yang lalu, para religius dan paderi yang ada di Keuskupan Keningau merayakan Hari Hidup Bakti sekaligus menutup Tahun Hidup Bakti (Year of Consecrated Life) yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2016 yang lalu. Di dalam perayaan Ekaristi, Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong didampingi 9 paderi dan sebanyak 4 Kongregasi dan Komuniti Sekular Betania (FSIC, IJ, FSC, CSE dan ISKB) telah menghadiri tersebut. Seramai 500 umat beriman turut ikut serta dalam perayaan Ekaristi sebagai tanda sokongan terhadap mereka-mereka yang ikhlas mengabdikan hidup mereka bekerja di ladang Tuhan.

DSC_3949

Di dalam homilinya, Bapa Uskup berharap agar setiap anggota religius mahupun umat selalu bersyukur kepada Tuhan atas Hidup Bakti ini. Ini merupakan pemberian dari Tuhan kepada Gereja. Lanjutnya, beliau mengutip kembali apa yang menjadi alasan utama Paus Fransiskus memfokuskan tahun 2015 sebagai Tahun Hidup Bakti. Alasannya adalah agar para religius baik kaum lelaki mahupun perempuan, diharapkan dapat memperbaharui komitmen mereka di dalam hidup pengabdian dan alasan kedua adalah, selaku umat, kita haruslah berterima kasih kerana ada jiwa-jiwa yang rela memberikan hidup mereka agar iman umat dapat semakin dibina dan dikuatkan, dan alasan ketiga adalah agar para belia semakin terbuka untuk mengenal hidup bakti dan menyahut panggilan Tuhan ini.

DSC_3994

Di Keuskupan Keningau, telah merancang agar semua pihak paderi, religius dan awam mempunyai peranan dalam merealisasikan cita-cita Keuskupan dengan berjalan bersama dan membangun komuniti Umat Allah yang komited dan efektif dalam melayani kerajaan-Nya. Setiap kita yang bergelar sebagai paderi, religius dan awam berusaha untuk mencapai cita-cita ini. Keuskupan Keningau sudah berumur 23 tahun, dan Bapa Uskup berharap agar para paderi, religius dan awam yang komited supaya sentiasa menilai bagaimana perkembangan iman kita, adakah semakin berkembang atau sebaliknya, semakin mundur. Jawaban itu dapat ditemui di dalam diri kita sendiri dan ini berhubung dengan kesetiaan dan kesatuan kita dengan Tuhan.

Bapa Uskup mengulas pembacaan pertama di mana Allah berbicara dengan umat-Nya, Israel, bunyinya: “Aku menyukai kasih setia dan bukan kurban sembelihan. Aku menyukai kebenaran akan Allah, lebih daripada kurban-kurban bakaran”. Ertinya saudara-saudari, iman dan kesatuan kita dengan Dia sedalam-dalamnya itulah yang paling penting dihadapan Allah. Upacara dan lain-lain itu adalah luaran sahaja. Di dalam permenungan Bapa Uskup, di dalam pelayanan untuk membentuk umat agar komited dan efektif, sebagai agen-agen pertama-tama perlu mempunyai sifat komited dan efektif. Sifat ini tidak dapat datang dari kemampuan manusia semata-mata, melainkan datang dari Tuhan sendiri. Terkadang sifat seperti orang Farisi itu adalah dalam diri manusia, selalu memandang dirinya yang benar dan merendahkan orang lain. Sifat semacam ini haruslah dikikis dari fikiran dan perbuatan dari seorang paderi, religius mahupun awam yang komited. Mencontohi seperti si pemungut cukai yang berdoa dan merendahkan diri dihadapan Allah dan mengakui kedosaannya.

Budaya mahu bersatu dengan Tuhan setiap hari, yang akrab dengan peribadi Yesus harus menjadi pegangan. Dan komitmen yang sudah diucapkan baik sebagai seorang paderi, religius mahupun awam, haruslah selalu diperbaharui agar kesatuan kita dengan Yesus menjadi sumber kekuatan, kekudusan dan kebijaksanaan. Pelayanan kita itu perlu bersama dengan Yesus dan tidak berjalan sendiri-sendiri.

DSC_3988

DSC_3986

Setelah perayaan Ekaristi sempena Hari Hidup Bakti sekaligus penutupan Tahun Hidup Bakti, Bapa Uskup bersama dengan para paderi, religius dan umat yang hadir, bersama-sama menuju ke dewan Gereja untuk makan tengahari bersama. Di dalam acara makan bersama, berbagai persembahan dipersembahkan baik dari umat yang datang mahupun dari mereka yang menghayati Hidup Bakti tersebut.

DSC_3984

Sharing is caring!