PENGINJILAN BERMULA DARIPADA KOMUNITI KECIL

TAMBUNAN : Umat KKD St. Joseph The Worker Kg. Kuyungon Paroki ST. Theresa Tambunan berkesempatan merayakan Misa Kudus dan penyembahan kepada Sakramen Mahakudus buat pertama kali bersama Paderi Paroki, Rev. Fr. Rudolf Joannes di Balai Raya Kg. Kuyungon, Tambunan.

Perayaan ini turut dihadiri  oleh Rev. Fr. Enrique Eking Lacostalis daripada Keuskupan Iligan Mindanao, Philippine, Sem. Bede Morty dan mantan Pengerusi MPP Paroki KSFX, Pn. Stella Kinsik.

Program lawatan Misa Kudus dan Saat Teduh di Komuniti Umat Katolik (KUK) diadakan pada setiap hari Selasa manakala lawatan Misa Komuniti Kristian Dasar (KKD) diadakan pada setiap hari Jumaat. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menjangkau umat di seluruh Paroki melalui penginjilan semula dalam komuniti kecil umat Allah iaitu Keluarga dan KKD. Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada umat untuk setia datang kepada Yesus.

Sebelum perayaan Misa Kudus, Fr. Rudolf  berkesempatan melawat cadangan tapak pembinaan bangunan gereja baru bagi kemudahan beribadat umat KKD St. Joseph.

Beliau menyeru kepada semua umat khususnya umat di seluruh Paroki St. Theresa agar membantu dan menyokong pencarian dana bagi tabung pembinaan bangunan gereja supaya umat dapat menikmati kemudahan beribadat dan menjalankan aktiviti kerohanian serta penyembahan dengan lebih selesa.

Dalam perkongsian Homili, beliau mengajak umat KKD St. Joseph agar terus setia menghadiri ibadat pada Hari Minggu agar kehadiran Yesus sungguh-sungguh dapat dirasai  oleh setiap peribadi dan memberi teladan yang baik kepada generasi akan datang.

Sharing is caring!