Keningau – Pada hari minggu yang lalu (12/07), bersamaan dengan Minggu Alkitab, Katedral St Francis Xavier merayakan dua upacara iaitu penerimaan para katekumen baru dan pelantikan dan pembaharuan komitmen anggota lektors yang baru dan lama. Perayaan hari minggu ini dipimpin sendiri oleh Yang Mulia Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong.

SONY DSC

SONY DSC

Sebelum perarakan masuk, Bapa Uskup menerima para katekumen yang mahu menggabungkan diri dengan Gereja Katolik. Sehari sebelumnya seramai 613 orang berkumpul di Dataran Keuskupan untuk mengikuti rekoleksi singkat. Dalam rekoleksi singkat ini, Bapa Uskup menjelaskan kepada para calon katekumen bahawa kehadiran saudara-saudari pada saat ini bukanlah suatu kebetulan, melainkan suatu undangan dari Tuhan Yesus sendiri.

Beliau menegaskan bahawa ini adalah pilihan peribadi masing-masing dan tanpa paksaan. Dan untuk mengikuti Yesus, para calon haruslah memiliki relasi yang akrab dengan Tuhan. Kita harus mengenal dan mengalami Tuhan secara peribadi. Tanpa pengalaman dan hubungan yang akrab dengan Tuhan, mustahil kita mahu memberikan seluruh hidup kita kepada Tuhan.

Tambahnya, jika mahu menjadi pengikut Tuhan janganlah separuh hati melainkan sepenuh hati. Kita tidak memerlukan jumlah yang banyak tetapi tidak memiliki kualiti, yang kita perlukan adalah mereka-mereka yang memiliki kualiti untuk disebut sebagai murid-murid Tuhan. Jumlah tidak menentukan apa-apa. Kualiti yang membuat kita mahal di mata Tuhan.

Setelah Injil selesai dibacakan, Bapa Uskup melantik para lektors baru. Seramai 17 orang telah dipilih melayani di Gereja St Francis setelah mengikuti kursus yang telah dianjurkan. Mereka-mereka ini akan melayani sebagai para lektor di dalam beberapa bahasa yang digunakan di dalam perayaan Ekaristi.

SONY DSC

SONY DSC

Disamping pelantikan anggota baru, mereka-mereka yang telah ditunjuk menjadi lektors sebelumnya, telah memperbaharui komitmen mereka dihapadan Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong dan telah disaksikan oleh umat yang menghadiri perayaan Ekaristi pada minggu itu.

SONY DSC

Kepada para lektors, Bapa Uskup mengingatkan agar mereka sebaik mungkin bertindak dengan dewasa agar apa yang diwartakan mampu menarik perhatian umat untuk semakin bersemangat mendengar Firman Tuhan yang diwartakan. Bapa Uskup tidak pernah jemu-jemu mengingatkan bahawa relasi yang akrab dengan Tuhan begitu penting sekali. Tanpa relasi dengan Tuhan, tidak mungkin para lektors dapat menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin.

Sebelum menghadiri perayaan Ekaristi dan bertugas sebagai lektor pada masa itu, para lektors haruslah mempersiapkan diri sebaik mungkin dengan membaca petikan terlebih dahulu, dan mencuba untuk memahami apa yang ingin disampaikan Tuhan lewat firman-Nya.

Kepada umat yang hadir, beliau meminta agar mendoakan para lektors yang baru dilantik dan yang memperbaharui komitmen mereka, agar mereka semakin bersemangat di dalam mewartakan Firman Tuhan dan menjadi saksi akan firman-Nya.

This will close in 20 seconds