IMG_9859

KENINGAU: Suasana dingin dan damai di Pusat Ziarah Keluarga Kudus di Nulu Sosopon (PZKKNS) menjadi hangat dan meriah apabila dibanjiri lebih dua ribu umat pada 4 Jun 2016 lalu.

IMG_9772

IMG_9780

Sempena Perayaan Hati Kudus Bonda Maria, ribuan keluarga dari Keuskupan Keningau datang ke PZKKNS untuk menyaksikan upacara pemberkatan dan perasmian pusat ziarah terbaru di Keuskupan Keningau itu.

IMG_9782

Selain itu, kehadiran Duta Vatikan ke Malaysia, Uskup Agung Joseph Marino turut mendapat perhatian umat untuk melihat Wakil Sri Paus itu secara dekat. Uskup Agung Kota Kinabalu, John Wong, turut datang ke upacara pemberkatan dan Misa Kudus sebagai tanda sokongannya terhadap Keuskupan Keningau.

IMG_9879

Misa Kudus dipimpin oleh Uskup Cornelius Piong. Di dalam homilinya, Bapa Uskup menyentuh tentang sikap Maria yang begitu yakin akan rencana Tuhan.

IMG_9890

“Maria yakin meskipun dia tidak fahami apa yang direncanakan oleh Tuhan tetapi dia tetap percaya. Sebagai anggota Gereja inilah sikap yang harus ada dan perlu terapkan dalam diri kita iaitu YAKIN kepada rencana Tuhan, YAKIN bahawa Tuhan tetap menyertai meskipun banyak hal yang kita tidak pasti dan cabaran.”

IMG_9863

Mengenai penubuhan PZKKNS, Uskup Cornelius mengatakan, “Jika saudara-saudari bertanya kepada saya mengapa ditubuhkan PZKKNS ini. Jawabannya, saya pun tidak tahu. Tetapi sesudah saya renungkan, ternyata dan saya yakin, ini adalah rencana Tuhan. Kita sudah berusia 23 tahun sebagai umat di Keuskupan Keningau dan kita sudah menghampiri perayaan Jubli Perak yang akan dimulakan pada bulan Mei 2017 di mana ia akan dirayakan sepanjang tahun dan kemuncaknya pada tahun 2018.

IMG_9875“Merenung akan perkara ini, saya merasa kita sungguh-sungguh diberkati oleh Tuhan. Selama 23 tahun ini kita telah berjalan bersama, mengharungi pelbagai cabaran, tetapi dengan yakin Tuhan itu menyertai maka kita ada di sini pada hari ini.

IMG_9875

Kesyukuran kita kepada Tuhan bukan setakat kata-kata sahaja tetapi perlu mengungkapkannya secara konkrit.

Dengan mengungkapkan secara konkrit inilah sebab tertubuhnya PZKKNS.”

IMG_9869

Adalah menjadi harapan tulus Uskup Cornelius agar PZKKNS akan menjadi tempat di mana umat dapat mengalami kehadiran Tuhan melalui doa-doa, refleksi dan meditasi. Dalam membantu merasai kehadiran Kristus, pusat ziarah ini dilengkapi dengan bangunan gereja, dewan dan menara Salib Suci di mana aktiviti-aktiviti rohani dan pastoral dapat diadakan bagi membantu mengalami kehadiran Kristus – liza@herald.com.my