IMG_9201

Sanang – Keragaman dan kerukunan umat beragama di Kampung Sanang boleh menjadi acuan bagi daerah-daerah lain. Dimana di daerah ini antar umat beragama hidup damai dan rukun. Bahkan di dalam pembangunan rumah ibadat kebersamaan itu sangat terlihat.

IMG_9262

IMG_9270

IMG_9276

Salah satu contohnya adalah pembangunan Gereja Santo Yohanes Vianney, yang acara pemberkatan dan perasmiannya dilangsungkan Jumaat pagi (06/05) yang dihadiri oleh wakil dari Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup dan Datuk Elron Alfred Angin beserta rombongan.

IMG_9300

IMG_9369

IMG_9373

Pada kesempatan itu, Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong berterima kasih kepada para penderma yang dengan ikhlas menghulurkan bantuan di dalam merealisasikan pembangunan Gereja bagi umat di Kampung Sanang. Lanjutnya, beliau berharap agar bangunan yang telah siap dibina ini, agar di jaga dan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

IMG_9204

IMG_9239

Pesan Bapa Uskup, bahawa dengan kehadiran Gereja ini kiranya umat menjadi bait Allah pewarta firman Allah yang menjadikan Tuhan sumber terang dalam keluarga, masyarakat dan bernegara. Beliau berharap dengan berdirinya Gereja ini mampu mempersatukan seluruh umat untuk sama-sama beribadat memuliakan Tuhan Yesus dan juga sentiasa menjadi sumber kebaikan dengan umat yang berbeza agama mahupun gereja.

IMG_9402

Seusai perayaan Ekaristi, Bapa Uskup beserta para tetamu undangan mengabdikan kenangan di tempat itu dengan menanam bunga sebagai simbolik sahnya perasmian Gereja di tempat itu. Suasana dimeriahkan lagi dengan tari-tarian dan jamuan makan tengahari bersama.

This will close in 20 seconds