KENINGAU : Misa Kudus sempena dengan pemberkatan dan perasmian bangunan mini Dewan Maria Bonda Gereja KUK Ambual telah diadakan. Misa disempurnakan oleh YM Uskup Cornelius Piong pada 31 Oktober lepas bertempat di Gereja St. Yohanes Pembaptis Ambual.
Lebih 100 orang umat hadir termasuklah Datuk Ellron Alfred Angin bersama isteri dan rombongan yang datang untuk merasmikan bangunan dewan baru.
“Dengan adanya dewan baru ini, diharapkan agar dapat menyatukan kita dengan Tuhan. Yang mana Dewan ini merupakan satu kemudahan kepada umat khususnya di KUK Ambual untuk berkumpul dan bersatu untuk aktiviti-aktiviti rohani seperti seminar, rekoleksi, katekisis dan lain-lain,” Uskup dalam homilinya.
Beliau juga berpesan agar bangunan dan kawasan dewan dijaga dan dikawal bagi menunjukkan sikap menghargai dewan tersebut.