Keningau – Setiap tahun, Uskup bersama dengan para paderi berkumpul untuk memperbaharui kembali janji kesetiaan yang telah mereka janjikan ketika ditahbiskan menjadi seorang paderi. Janji untuk tetap setia kepada Tuhan dan kesatuan di dalam pelayanan, menjadi inti utama di dalam perayaan Ekaristi.
Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong bersama dengan 22 para paderi berkenan merayakan perayaan Ekaristi pada malam semalam. 2 paderi berasal dari Indonesia turut hadir dan memeriahkan lagi suasana. Di dalam kata pembukaan, Bapa Uskup menjelaskan kepada umat apa yang akan dilakukan di dalam Misa Krisma nanti. Menurut beliau, pada kesempatan khusus ini, Uskup bersama para Paderi akan memperbaharui janji kesetiaan kami kepada Tuhan, selaku pelayan-pelayan-Nya dan terima kasih kepada umat kerana hadir dalam perayaan Ekaristi ini dan mohon terus mendoakan kami, agar kami terus dapat melayani dalam semangat kesatuan dan kesetiaan.
Di dalam homilinya, beliau menyampaikan bahawa ada 2 perkara yang menjadi sorotan iaitu kehadiran para paderi dimana mereka akan memperbaharui dan Uskup akan membaharui kesetiaan kepada Tuhan di dalam pelayanan dan yang kedua ialah pemberkatan minyak yang akan digunakan oleh kita, umat. Diantara kedua perkara diatas, perkara manakah yang mendorong saudara-saudari datang dalam perayaan Ekaristi pada petang hari ini. Bapa Uskup berharap kehadiran umat adalah untuk merayakan kedua-dua perkara di atas dan bukannya hanya kerana mahu diberkati minyak-minyak mereka.
Lanjutnya, umat Allah patut bersyukur kerana para paderi mau memperbaharui kesetiaan mereka selaku paderi dan beliau berharap umat beriman selalu mendoakan Uskup dan para Paderi agar dapat melakukan pelayanan dengan sungguh-sungguh. Lebih-lebih lagi dengan semangat kesetiaan dan kesatuan. Untuk dapat hidup dan melayani dalam semangat kesetiaan dan kesatuan, bukan dari kemampuan manusiawi kita, melainkan kerana dorongan dan bantuan dari Roh Kudus.
Dalam kesempatan ini, Bapa Uskup mengingatkan apa yang telah didoakan oleh Yesus sebelum menyerahkan diri-Nya untuk mengalami sengsara, kematian dan kebangkitan-Nya. Yesus berdoa:
- Pengikut-pengikut-Nya hidup dalam kesatuan.
- Kita yang masih di dalam perziarahan, Yesus berdoa agar kita dilindungi dari godaan dan pengaruh si jahat.
- Agar kita hidup berpedomankan/berdasarkan Firman Tuhan.
Setelah perayaan Ekaristi selesai, Uskup bersama para Paderi dijemput ke kantin Gereja KSFX untuk makan malam bersama.