MINGGU KATEKESIS KUK MINAWO TAHUN 2018

Keningau – Zon Minawo, KUK St.Joseph Minawo telah mengadakan Minggu Katekisis pada 15 April 2018. Seramai 80 umat KUK Minawo telah menyertai program ini yang bertempat Gereja St.Joseph Minawo. Ibadat Sabda dimulakan seawal jam 7.30 pagi yang dipimpin oleh Katekis Mindong Gitang.

          Objektif katekesis ini adalah untuk menekankan kepada umat akan pentingnya alam sekitar dan menghargai alam ciptaan Tuhan ini. Selain itu, katekesis ini juga merupakan aktiviti pembelajaran dalam Kursus Pensijilan Katekis Tahap 2, yang mana pelajar Tahap 2 merupakan penyampai katekesis ini.

            Selapas sarapan pagi, katekesis pertama dimulakan oleh Pengerusi Zon Minawo En.Kenneth Mahinggil yang bertajuk “Pengenalan Katekesis Lestari Alam Sekitar (KLAS) Penciptaan Alam.” Disusuli katekesis yang kedua iaitu “Pencemaran dan Kerosakan Alam Sekitar” yang disampaikan oleh Katekis Peter Alban. Sebelum ke makan tengahari, sesi ketiga diambil alih oleh Pengerusi MPP Pn.Stella Kinsik, Kat. Julius, Kat. Peter Alban dan Esther Gukor yang bertajuk “Pemilihan Alam Sekitar.”

Katekesis ini akan diteruskan di setiap KUK di sekitar Zon Minawo untuk memastikan dan menimbah pengetahuan umat Zon Minawo.

Acara kemuncak adalah gimik menanam benih buah-buahan yang dilakukan oleh Pengerusi Zon Minawo En. Kenneth Mahinggil dan Cikgu John Lainsin. Kemudian jamuan kesyukuran diadakan bersama KUK Minawo. –  Tadius Kilip

Sharing is caring!