MENGASIHI UNTUK DIKASIHI

Renungan Hari Minggu Paska Ke 6 ( C )

Kis. 15:1-2.22-29;     Why. 21:10-14.22-23;     Yoh. 14:23-29

“Sesiapa mengasihi Aku, akan berpegang teguh pada sabda-Ku….” Bagi Yesus, setia kepada Sabda-Nya bererti setia kepada perintah-Nya iaitu mengasihi sesama menjadi hamba diantara satu sama lain. Yesus telah membasuh kaki para murid-Nya walaupun Dia menyedari salah seorang dari mereka akan mengkhianati-Nya, seorang lagi akan menyangkal Dia dan murid-murid yang lain meninggalkan Dia. Walaupun Dia guru, Dia memilih untuk merendahkan diri-Nya menjadi hamba. Kerendahan hati seperti itu bukanlah sesuatu yang mudah kita lakukan dalam hubungan kita dengan orang lain. Namun, jika kita mengasihi Yesus maka kita perlu lakukan kasih ini dalam perbuatan kita.

maxresdefault

Namun kita ada kecendurungan menolak untuk berjuang mengasihi sebagai seorang hamba kepada semua. Yesus mengetahui bahawa kita perlu kehadiran-Nya yang berterusan, sebab Dialah sumber kasih, yang perlu tinggal dalam diri kita. Sebenarnya Dia sudah berjanji kepada kita bahawa Dia dan Bapa akan datang dan tinggal bersama kita supaya kita tidak keseorangan dalam perjalanan untuk mengasihi. Yesus juga berjanji mencurahkan Roh Kudus-Nya untuk membimbing kita. Akhirnya Yesus memberi damai-Nya yang menghibur kita bila kita merasa penat dan kekeringan kasih serta menguatkan kita supaya tidak takut menghadapi risiko dalam mengasihi orang lain.

a92ba205aac9d97af07e418d34107c2eYesus tidak akan mengecewakan kita, Dia tetap setia kepada segala janji yang telah Dia berikan kepada kita. Pada hari ini, marilah kita percaya kepada-Nya kerana Dia sangat mengasihi kita dan semoga tahun berbelas kasih ini membuka ruang lebih luas lagi bagi kita mengalami belas kasih Tuhan.

Soalan Renungan.

  1. Menurut pengalaman anda, apakah benar bahawa lebih mudah mengasihi Tuhan lebih mudah
    daripada mengasihi sesama?
  2. Apakah pendapat anda tentang ajaran Yesus bahawa seseorang itu menipu dirinya sendiri bila
    dia mengatakan saya mengasihi Tuhan tetapi membenci orang lain?

Sharing is caring!