KSFX – Bersempena sambutan Hari Valentine, Komiti Makan Amal Valentine Katedral St Francis Xavier (KSFX), dengan kerjasama MPP KSFX telah menganjurkan Majlis Makan Amal – “Cinta Kasih Asas Keluarga” pada 17 Februari yang lalu.

v1

Majlis Makan Amal Valentine diadakan di Dataran Terbuka Keuskupan Keningau itu bertujuan bukan sahaja untuk menyambut Hari Valentine 2017 sambil memberi sumbangan kasih dalam persiapan menyambut Jubli Perak Keuskupan Keningau pada tahun 2018 tetapi juga bertujuan untuk mengukuhkan lagi semangat cinta kasih, kepeduliaan, kerjasama dan sikap toleransi kita terhadap satu sama lain.

v2

Pengerusi Penganjur, John Lainsin berkata, Majlis Makan Amal sempena Hari Valentine genap 15 tahun. Aktiviti serupa ini sudah dimulai sejak tahun 2002. Beliau berharap agar aktiviti semacam ini akan diteruskan oleh generasi yang baru supaya budaya cinta kasih diteruskan melalui aktiviti semacam ini. Dalam kesempatan tersebut, beliau juga berterima kasih kepada “team” yang telah bertungkus lumus menjayakan Majlis Makan Amal tersebut kerana tugas ini bukanlah tugas yang mudah untuk dilaksanakan.

v3

Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong dalam ucapannya berterima kasih kepada semua umat yang hadir dan menjayakan Majlis Makan Amal sempena Hari Valentine tersebut. Kehadiran pada malam tersebut mengungkapkan bahawa cinta kasih amat sangat penting bagi manusia dan tambahnya, cinta kasih yang sejati dan yang datang dari Tuhan perlu diperhatikan dan dibagikan kepada sesama manusia. Beliau berharap dalam majlis tersebut, semua yang hadir dapat membahagikan cinta kasih ini dan mengeratkan lagi kasih persaudaraan di dalam keluarga dan sesama.

v4

v5

v6

v37

v38

v39

v36

v27

v25

This will close in 20 seconds