MAJLIS PROGRAM 3 DALAM I SM ST FRANCIS XAVIER KENINGAU

1

Majlis Program 3 Dalam 1 iaitu Pemberkatan bangunan sekolah dan Perasmian SFX Square, Perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina dan Sambutan Ulang Tahun Ke-57 SM. St. Francis Xavier telah berlangsung dengan meriah pada 21 Januari 2017 di Sekolah Menengah St. Francis Xavier, Keningau. Program ini sinonim dengan RIMUP iaitu Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan yang menjadi agenda negara  yang hendak dicapai melalui pendidikan di setiap sekolah.

2

3

Majlis ini dimulai dengan pemberkatan bangunan sekolah termasuk dewan PRIDE oleh Yang Mulia Bishop Datuk Cornelius Piong sebagai  Uskup di Keuskupan Keningau dan penaung sekolah ini. Seterusnya ucapan oleh Tuan Pengetua Puan Betty Leong. Dalam ucapannya, beliau menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berbahagia Datuk Vincent Pung, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Credit Coorperation kerana memilih sekolah ini untuk menyalurkan dana SCC bagi pembinaan  dewan sekolah yang baru. Dalam ucapan Perasmian Yang Berbahagia Datuk Vincent Pung, beliau menyatakan bahawa sumbangan dana tersebut  merupakan tanggungjawab sosial SCC untuk membantu sekolah dalam penyediaan fasiliti. Kata-kata semangat beliau untuk warga SFX  “Dewan ini adalah yang tersurat, perkara yang tersirat ialah dewan ini merupakan kemudahan guru-guru untuk  melahirkan insan cemerlang”.

4

5

Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuklah persembahan lagu-lagu Krismas, tarian perpaduan, angklung, tarian singa, koir perpaduan oleh kumpulan koir dari SCC cawangan Kota Kinabalu dan pertandingan hiasan pondok mengikut tema perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina oleh rumah-rumah sukan. Majlis ini berakhir pada 12.30 tengah hari.

6

Sharing is caring!