Tambunan – Pada minggu yang lalu (06/03), seramai 133 orang mengadakan lawatan amal ke Rumah Kanak-Kanak Bondulu yang terletak di daerah Tambunan, Sabah. Peserta terdiri daripada para calon baptis, ibubapa, penanggung dan juga pembimbing.
Keberangkatan para peserta lawatan amal, selepas menerima Upacara Tobat Ke-II. Lawatan Amal pada kali ini bertujuan agar para calon baptis mengenal kehidupan penghuni Rumah Kanak-Kanak Bondulu. Sekaligus membawa para peserta untuk bersyukur atas limpahan anugerah yang Tuhan telah sediakan bagi mereka. Dan juga selalu mengingat dan membantu mereka-mereka yang berkekurangan.
Pada kesempatan yang sama, para peserta berpeluang untuk berinteraksi langsung dengan penghuni Rumah Kanak-Kanak Bondulu. Mereka mengadakan permainan bersama untuk mengeratkan kasih persaudaraan diantara mereka semua. Sebelum meninggalkan Rumah Kanak-Kanak Bondulu, Pengerusi Team IKD iaitu Puan Doris John menyampaikan sumbangan ikhlas.
Destinasi selanjutnya adalah mengunjungi Taman Getsemani yang letaknya di Kampung Kiawayan, Tambunan. Taman Getsemani ini dibuka kepada umat yang mau menimba pengalaman doa dan ingin merasakan suasana keheningan. Di tempat ini, pemilik Taman Getsemani iaitu Saudara George, selalu membuka tangan menerima siapa saja yang ingin berkungjung ke tempat ini.
Pihak Taman Getsemani tidak mengenakan sebarang bayaran untuk berkunjung, tetapi umat dapat memberikan sumbangan ikhlas dengan memasukkan persembahan kasih ditabung yang telah disediakan. Para peserta Lawatan Amal berpeluang untuk berdoa secara kelompok mahupun persendirian, dan mereka juga diberi taklimat oleh pihak pengurusan Taman Getsemani, sejarah dan inspirasi sehingga boleh membuka dan membangun tempat sebegini.
Setelah menghabiskan masa mendengarkan penjelasan, sharing dari pihak pengurusan, tibalah masa untuk para peserta meninggalkan Taman Getsemani dan menuju kembali ke Keningau.