KKD TANDA KEHADIRAN TUHAN DI TENGAH-TENGAH UMATNYA

img01lotong400

Tambunan – Pada 21 Oktober yang lalu, bertempat di Kg. Turalung – Lotong, sembilan buah keluarga yang jumlahnya seramai 50 orang telah membentuk satu KKD (Komuniti Kristian Dasar) baru yang dengan rasminya menjadikan Santo Petrus sebagai Penaung dan Pelindung KKD tersebut.

Penubuhan KKD baru ini diawali dengan perayaan Ekaristi yang dipimpin oleh Msgr Gilbertus Engan. Di dalam pembukaan, Msgr Gilbertus mengajak umat untuk mengerti dan mengenal lebih dalam lagi apa erti sebuah penubuhan KKD yang baru ini. Beliau mengatakan bahawa umat yang ada di Kg. Turalung – Lotong menyedari bahawa betapa pentingnya kesatuan, kebersamaan dan penglibatan diri dalam aktiviti kerohanian yang bermula dari keluarga.

img02lotong400

“Berkumpul bersama untuk memecahkan roti dan berdoa” menjadi dasar sebuah KKD. Berkumpul bersama tidak hanya ketika ada perayaan-perayaan melainkan berkumpul bersama sebagai umat di dalam perayaan Ekaristi. Doa adalah jembatan yang menghubungkan kita dengan Tuhan. Tanpa doa, tidak mungkin kita akan dapat bertahan. Doa adalah sumber kekuatan dalam kehidupan sehari-hari. Hidup jemaat awali seperti yang dikisahkan dalam Kisah Para Rasul bab 2 dan 4 menjadi dasar untuk memulai homili beliau.

Beliau juga menekankan 4 (empat) dasar yang harus ada dalam sebuah KKD.

  1. Keahlian – semua ahli mesti turut serta dalam semua aktiviti yang telah dirancang dalam KKD.
  2. Sharing Alkitab – Sabda Tuhan adalah dasar dalam sebuah KKD kerana Tuhan berbicara melalui firman-Nya.
  3. Aktiviti rohani dan sosial – KKD mesti mengadakan aktiviti rohani seperti berdoa bersama (rosary), KKS 7 langkah dan sebagainya. Dalam aktiviti sosial pula, mengadakan perayaan harijadi sebagai contoh, gotong royong dan sebagainya.
  4. Ada hubungan dengan Gereja pusat dan Gereja sejagat – tidak boleh menyendiri dan setiap program yang hendak dilakukan, hendaknya mendapat bimbingan dan persetujuan Paderi Paroki agar tidak menimbulkan sebarang masalah di kemudian hari.

img05lotong400

Seusai perayaan Ekaristi, umat KKD Santo Petrus yang baru ini tidak mahu melepaskan peluang untuk mengabadikan kegembiraan mereka dengan bergambar bersama dengan Msgr Gilbertus Engan. Setelah itu, umat menjemput Msgr Gilbertus Engan untuk beramah mesra dengan makan tengahari bersama.

img03lotong400

Sharing is caring!