KENINGAU : Pada 7 Ogos 2017, Perayaan Hari Orang Asal Sedunia (PHOAS) 2017 telah diadakan. Sambutan perayaan peringkat kebangsaan ini julung kali diadakan di Keningau. Di mana Keningau terpilih untuk menjadi tuan rumah. Perayaan yang berlangsung selama 3 hari ini dihadiri oleh lebih kurang 100 orang yang terdiri daripada Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Dimeriahkan lagi dengan kedatangan masyarakat dari pelbagai daerah di Sabah. Tidak ketinggalan juga umat Keningau yang datang memberi sokongan.
PHOAS dianjurkan pada 9 Ogos setiap tahun di seluruh dunia untuk mempromosi dan melindungi hak-hak penduduk Orang Asal di dunia.
Para peserta PHOAS daripada Sarawak dan semenanjung Malaysia di KKIA, Sabah pada 7 Ogos 2017. Perjalanan diteruskan ke Pusat Ziarah Nulu Sosopon dan disambut baik oleh pihak penganjur. Selain daripada mempunyai pemandangan seluruh kawasan Kenigau, Pusat Ziarah Keluarga Kudus Nulu Sosopon (PZKKNS) telah digunakan untuk penginapan dan ceramah.
Pada 9 Ogos 2017, Misa Kudus diadakan oleh Bishop Cornelius Piong di gereja PZKKNS sebagai tanda sokongan kepada PHOAS. Misa ini diraihkan oleh umat Katolik yang memakai baju etnik masing-masing. “Berbanggalah dengan identiti kita, serta komited di dalam misi kita.” demikianlah kata-kata yang disampaikan Bishop sebelum mengakhiri misa kudus.
Kemudian peserta bergerak ke Batu Sumpah untuk memperingati monumen yang dibina itu untuk memperingati syarat di mana Sabah, bersama dengan Sarawak, bergabung dengan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia.
Perarakan yang kira-kira 3 km itu, bermula dari Batu Sumpah di Pejabat Daerah Keningau dan berakhir di Keuskupan Keningau. Perarakan yang diiringi dengan palungan gong, nanyian dan laungan slogan ini dimeriahkan lagi oleh masyarakat pelbagai etnik peribumi Malaysia yang memakai pakaian tradisi masing-masing.
Kumpulan perarakan ini disambut oleh Bishop Cornelius Piong dan umat-umat KSFX di pintu masuk Dataran Keuskupan Keningau. Pelbagai persembahan, perkongsian makanan tradisi, sukan tradisi dan jualan gerai diadakan. Pameran turut diadakan di Dataran Keuskupan Keningau.