KESATUAN BELIA DIBENTUK MELALUI SUKAN SOLIDARITI

Sukan BeliaKENINGAU: Pada 16 September 2017, Kerasulan Belia Katolik (KBK) di bawah naungan Paroki Katedral St. Francis Xavier (KSFX) berjaya menjayakan sukan belia peringkat Paroki. Sukan ini diadakan setiap tahun dengan  Zon Minawo sebagai tuan rumah. Sukan ini bertempat di padang Kg. Minawo Laut. Sesi ucapan perasmian ringkas yang disampaikan oleh Pengerusi Belia Paroki iaitu saudara Tony Jauseh sebelum memulakan acara padang sekitar jam 9.30 pagi.

IMG_20170916_105630 (1)

     Antara acara sukaneka yang dipertandingkan adalah Walking Bata, Rampanau, Kacang tersembunyi, Getah Mesra, Baling Belon, Span Bocor, Si Cacat & Si Buta, Larian Sejoli dan sukaneka 6 stesen iaitu Kopi Panas, Keropok, Pisang, Maggi, Roti Paun dan Aiskrim Cumi. Sukaneka kali ini telah disertai daripada Zon Menawo, Zon Liau, Zon Magatang, Zon Panagatan, Zon Biah, Zon Apin-Apin, Zon Toboh Laut dan Zon Bingkor.  

       Juara Sukan Belia sekali lagi diraih oleh Zon Toboh Laut buat kali ketiga berturut-turut selama 3 tahun. Tempat kedua diungguli oleh  Zon Apin-Apin seterusya ketiga daripada Tim Belia KSFX. 

       Kemeriahan dan kesatuan belia dapat dilihat menerusi penyertaan dalam setiap acara sukaneka. Penglibatan daripada ibu-bapa turut memeriahkan lagi program ini dengan memperlihatkan satu bentuk pelayanan iaitu nilai kerjasama, komitmen, tanggungjawab serta saling menyokong antara satu sama lain.

      Pengerusi Zon Minawo, En. Kenneth Mahinggil berkata dalam sesi penutupan Sukan Belia Paroki melalui penganjuran sukan belia peringkat paroki KSFX ini, mewujudkan satu kesatuan antara semua umat khususnya belia yang bakal menjadi pemimpin serta pewaris kepimpinan dalam gereja mahupun dalam lingkungan komuniti bersama. Aktiviti seperti ini juga telah memecahkan jurang perbezaan dalam diri setiap umat khususnya bagi semua Zon di bawah naungan KSFX dengan membina satu ikatan pelayanan kepada Tuhan sesama dan saling bersatu untuk terus membentuk iman dan komuniti yang melayani di ladang Tuhan yang luas.- Walter Tadius

     

 

Sharing is caring!