KEMPEN DERMA DARAH ANJURAN GEREJA ST ANTHONY TENOM DENGAN KERJASAMA BANK DARAH HOSPITAL TENOM

img01darah400

Tenom – Pada 15hb yang lalu, ahli jawatankuasa Gereja St Anthony Tenom dengan kerjasama Bank Darah Hospital Tenom telah mengadakan kempen menderma darah sebagai salah satu aktiviti tahunan di paroki tersebut. Kempen dilaksanakan setelah perayaan Ekaristi selesai dan menurut jurucakap penganjur, kempen telah diadakan di Dewan Msgr Augustine Watcher dan acara dimulai jam 10.30 pagi sehingga jam 1 tengahari.

img05darah400

Pihak hospital menjelaskan bahawa sesiapa yang ingin menderma darah katanya, perlu mengambil masa rehat yang mencukupi sebelum tampil menderma. Ini untuk memastikan agar kehadiran mereka tidak sia-sia dan tidak ditolak apabila menderma kelak disebabkan beberapa faktor kesihatan yang tidak memuaskan.

img04darah400Antara objektif utama kempen itu ialah membolehkan pihak hospital Tenom sentiasa mempunyai bekalan darah yang mencukupi lebih-lebih lagi darah jenis A dan O sekaligus dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa. Pihak hospital menjelaskan bahawa di saat-saat perayaan besar, disitulah pihak hospital justeru memerlukan bekalan darah yang banyak. Orang ramai yang mempunyai golongan darah jenis A dan O amat dialu-alukan menyertai kempen ini bagi membantu pesakit-pesakit yang memerlukannya.

img02darah400

Turut hadir pada kempen kali ini iaitu, YB Senator Datuk Dr Lukas Umbul dan Pengerusi MPP Tenom, Encik Simon Mamat turut serta dalam kempen menderma darah.

Sharing is caring!