KEM BELIA ZON MINAWO KE-2 TAHUN 2017

Keningau, Sabah – Komiti Belia Katolik Zon Minawo telah mengadakan Kem Belia peringkat Zon Minawo pada 2 hingga 3 Jun 2017, bertempat di KUK St.Yohanes Rasul, Bomboi, Keningau. Tema bagi kem ini ialah “Ikutilah Aku” (Yoh:21:15-19).

belia dgn baner

Sepanjang kem ini, terdapat beberapa sesi ceramah dan aktiviti kerohanian  yang diadakan. Terdapat dua sesi ceramah yang diadakan pada hari yang pertama iaitu sesi yang berkaitan tentang peranan dan tugas belia di dalam dan luar Gereja. Sesi-sesi ini dikendalikan oleh Saudara Ronnie Alfred dan Saudara Patrick Marius.

Pada hari yang seterusnya, sesi yang berikutnya disampaikan oleh Kat. Severinus, bertajuk “Memahami Firman Allah”. Sesi yang terakhir, dengan tajuk “Cabaran Belia Pada Masa Kini” disampaikan oleh Saudara Freddy Hendrikus.

Pada malam 2 Jun, peserta kem yang berjumlah seramai 90 orang dibawa dalam sesi refleksi. Dalam sesi refleksi ini para peserta diberi kesempatan untuk merenungkan kehidupan mereka bersama Yesus. Selain itu, beberapa indoor games juga telah diadakan dan para peserta kelihatan gembira dengan semua aktiviti yang telah mereka ikuti.

ungun apaiii

Melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti dalam kem ini, para peserta dapat lebih mendalami iman mereka terhadap Yesus Kristus dan lebih mengetahui peranan mereka sebagai belia Katolik. Di samping itu para peserta juga dapat mengeratkan lagi hubungan persaudaraan antara belia dalam Zon Minawo. Secara keseluruhannya, pelaksanaan aktiviti seperti ini dapat membantu perkembangan belia yang merupakan tonggak utama dalam komiti Katolik.

tanpa baner

Pelaksanaan kem sebelum ini yang pernah diadakan buat kali pertama di gereja St. Joseph, Minawo mendapat sambutan dan maklum balas yang positif. Oleh itu, pihak penganjur memutuskan acara ini untuk dijalankan sebagai aktiviti tahunan KBK Zon Minawo. –  Floly Tadius

Sharing is caring!