JANGAN SOMBONG DENGAN IMAN

SOOK : 13 April 2019, Paroki Roh Kudus Sook Mengumpulkan lebih 600 peserta dari kalangan AJKT Baharu MPP, KUK, ZON dan KKD sesi 2019/2021 sempena Seminar Penyegaran dan Kepimpinan Kkd yang di adakan di Gereja Roh Kudus Sook yang mempunyai 12 Zon, 49 Kuk dan 178 Kkd bergabung untuk menerokai cara-cara memulihkan semula kepimpinan akar umbi serta mengimbas dan merenung kembali pencapaian dalam menggerejakan melelui KKD.

“Dalam program ini kami juga menilai sejauh mana Kkd telah mencapai Misi Pastoral Keuskupan Keningau iaitu Kesatuan, Kesetiaan dan Kekudusan Yesus Kristus, selain melihat dimana kedudukan kami sekarang ini dan kemana arah tuju kam pada masa hadapan.” Ujar Pengerusi MPP, Puan Dymnah Nirwaanah Dominic.

Misa Kudus pembukaan dipimpin oleh Rev. Fr. Boniface Kimsin melahirkan rasa gembira dengan kehadiran dan komitmen yang ditunjukan para peserta.

Dalam homilinya Fr. Boniface mengingatkan agar para pemimpin Khususnya di Paroki Roh Kudus Sook menerapkan nilai kesatuan, kesetiaan dan kekudusan Yesus Kristus dalam pelayanan.  

Kata beliau, “Pemimpin haruslah rendah diri dan tidak sombong, jika sikap sombong ada dalam diri seorang pemimpin ianya bukanlah bersifat pelayanan tetapi hanya seorang yang ego dan kehausan kuasa,”

“Kita perlu mencontohi sikap Pemimpin Agung kita yakni Yesus Kristus. Sedangkan Ketua Imam Katolik, Bapa Suci Francis tunduk sujud lalu mencium kaki beberapa pemimpin politik dari Sudan Selatan demi sebuah kedamaian dan cinta kasih. Yakinlah bahawa kesombongan iman hanyalah meruntuhkan sebuah komuniti yang telah susah payah dibangunkan oleh para pemimpin terdahulu. ” sambung Fr. Boniface.

Seminar yang diadakan selama sehari itu telah disampaikan oleh En. John Lainsin yang juga merupakan Pengerusi Tim Pastoral Keuskupan Keningau dan seorang yang sangat dekat dan berpengalaman luas dalam aktiviti Pastoral. Beliau mengingatkan bahawa kesatuan dan iman bermula dari keluarga, seterusnya berakar ke KKD dan Komuniti lain, beliau menekankan agar sentiasa menerapkan nilai kesatuan dalam pelayanan  kerana tanpa kesatuan kita tidak akan berkembang dan pastinya terjadi perpecahan serta keruntuhan iman. Beliau berpendapat agar sentiasa membuat pertemuan sesuai dengan petikan injil “Dimana dua atau tiga orang berkumpul dalam nama-Ku, disitu Aku ada berada di tengah-tengah mereka (Mat 18:20).”

Seminar berakhir dengan Misa Senja dan sesi perutusan dan pelafazan janji komitmen daripada AJKT MPP, pengerusi Zon, Pengerus-pengerusi KUK dan semua pengerusi KKD paroki. – Ddroy, KOMSOS KGAU.

Sharing is caring!