HORMATI IBU BAPA DAN WARGA EMAS

HIW1

Tenom – Tema Keuskupan 2017 Keluarga “Ibu Bapa dan Warga Emas” telah disambut baik oleh Paroki St Anthony dengan  mengadakan program sehari bersama warga emas.  Program ini telah dilaksanakan di St Joseph Batu-Batu  pada 13 Mac 2017 yang melibatkan St Yohanes Mandalom dan St Damianus Enubai.

HIW2

Program ini dimulakan dengan perayaan ekaristi yang diupacarakan oleh Fr. David Mamat selaku paderi paroki Tenom.  Didalam homilinya Fr. David berpesan agar anak-anak sentiasa menghormati para ibu bapa dan juga warga emas kerana jasa mereka itu tidak dapat dibalas dengan wang ataupun apa-apa kemewahan, tetapi hanya perlu dibalas dengan kasih sayang sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang yang penuh terhadap anak-anak mereka.

HIW3

Selesai misa kudus, para warga emas diraikan dengan acara pemotongan kek dan makan bersama yang telah disajikan oleh anak mereka masing-masing.   Pada masa yang sama umat di Zon 4 juga berkesempatan beramah mesra dengan mereka yang diraikan.

HIW4

Bagi menyokong  program  ini ahli Majlis Pastoral Paroki (MPP) yang diketuai oleh saudara Mathew Tulas dan Tunik Tulas serta saudara Tony Wong selaku Pengerusi Komiti Keluarga turut hadir.  Dalam kesempatan ini pengerusi pelayan komuni saudara Majius Sundaling dan Timbalan  Pengerusi TPBPT saudara Juanis Marcus Bondiol juga tidak ketinggalan  turut serta  dalam  program ini – Christy F. Anjun.

HIW5

Sharing is caring!