

𝐇𝐀𝐏𝐏𝐘 𝐅𝐈𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐍𝐎𝐑 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐎 𝐍𝐈𝐍𝐎 𝐊𝐒𝐅𝐗
Perayaan Santo Nino Katedral St.Francis Xavier, Keningau yang memasuki edisi ke-11 telah diadakan di Dataran Solidariti Keuskupan Keningau(Misa) dan
fellowship di Dewan MPP KSFX pada 19 Januari 2025.
Perayaan bukan sahaja disertai oleh Komuniti Filipino KSFX tetapi juga komuniti umat di sekitar KSFX.
YM Mulia Bapa Uskup Cornelius Piong turut berkenan untuk menjadi selebran Misa Kudus berkenaan.
“Perayaan Santo Nino ini bukan sahaja penting bagi komuniti Filipino tetapi seluruh umat , kerana ia mengajak kita
menjadi setia dan rendah hati seperti Yesus itu sendiri” -YMBCP-