REKOLEKSI DAN MESYUARAT KOMSOS KEUSKUPAN KENINGAU

ebddb4d2-929b-4da5-af56-562f18393e57

KENINGAU : Pada 12 Ogos 2017, rekoleksi dan mesyuarat KOMSOS Keuskupan Keningau telah diadakan. Seramai  30 orang ahli KOMSOS telah hadir dalam mesyuarat ini. Dihadiri oleh ahli-ahli KOMSOS mewakili setiap paroki di bawah naungan  Keuskupan Keningau. Rekoleksi dan mesyuarat ini diadakan di Pusat Ziarah Keluarga Kudus Nulu Sosopon (PZKKNS).

Mesyuarat dimulakan pada jam 9 pagi dan dipengerusikan oleh ketua KOMSOS, En. John Liansin. Mesyuarat dimulakan dengan doa dan ucapan selamat datang kepada ahli-ahli KOMSOS daripada paroki-paroki yang lain.

Perbincangan mengenai tugas dan pelayanan KOMSOS sempena dengan persediaan untuk sambutan ulang tahun Keuskupan Keningau yang ke 25. Dimana AJK sejarah bagi dua kawasan iaitu Zon Keningau Pedalaman bawah dan atas  ditubuhkan. Penubuhan AJK ini adalah untuk memudahkan lagi tugas-tugas KOMSOS dalam membahagi-bahagikan tugas dan pelayanan. AJK  yang dibentuk ini diberi tugas untuk mencari maklumat mengenai sejarah-sejarah gereja dan penubuhan Paroki masing-masing sehingga tertubuhnya Keuskupan Keningau. Yang mana maklumat ini akan dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam buku Jubli Perak Keuskupan Keningau 2018.

eda4033c-b0b8-4cdb-8cdf-483b791657bc

Selain itu, takwim tahunan juga dibincangkan. Perlaksanaan Kursus Kewartawanan anjuran bersama KOMSOS dan MPP akan diadakan. Antara perkara berbangkit adalah pembahagian dan penjualan kupon sempena Tamu Solidariti  ke-15 kepada setiap paroki untuk persiapan Jubli Perak Keuskupan Keningau 2018. 

c5924374-0352-4a5f-9b00-77d81c3a2972

Selepas mesyuarat, Misa Kudus diadakan. Disempurnakan oleh Bapa Uskup Cornelius Piong. Bapa Uskup berpesan kepada ahli KOMSOS bahawa tugas KOMSOS bukanlah setakat mengambil gambar dan membuat artikel tetapi juga berperanan dalam menarik minat  dan menyedarkan umat akan aktiviti-aktiviti gereja dan seterusnya mendorong mereka untuk mengikutinya.

Selepas misa, acara bergambar bersama Bapa Uskup diadakan. Bapa Uskup dan ahli-ahli KOMSOS di jemput untuk mengikuti jamuan makan tengah hari.

KEUSKUPAN KENINGAU TUAN RUMAH PERAYAAN HARI ORANG ASAL SEDUNIA 2017

Batu sumpah

KENINGAU : Pada 7 Ogos 2017, Perayaan Hari Orang Asal Sedunia (PHOAS) 2017 telah diadakan. Sambutan perayaan peringkat kebangsaan ini julung kali diadakan di Keningau. Di mana Keningau terpilih untuk menjadi tuan rumah. Perayaan yang berlangsung selama 3 hari ini dihadiri oleh lebih kurang 100 orang yang terdiri daripada Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Dimeriahkan lagi dengan kedatangan masyarakat dari pelbagai daerah di Sabah. Tidak ketinggalan juga umat Keningau yang datang memberi sokongan.

IMG_8636

IMG_8640

          PHOAS dianjurkan pada 9 Ogos setiap tahun di seluruh dunia untuk mempromosi dan melindungi hak-hak penduduk Orang Asal di dunia.

IMG_8646

IMG_8605

IMG_8589

IMG_8579

IMG_8557

        Para peserta PHOAS daripada Sarawak dan semenanjung Malaysia di KKIA, Sabah pada 7 Ogos 2017. Perjalanan diteruskan ke Pusat Ziarah Nulu Sosopon dan disambut baik oleh pihak penganjur. Selain daripada mempunyai pemandangan seluruh kawasan Kenigau, Pusat Ziarah Keluarga Kudus Nulu Sosopon (PZKKNS) telah digunakan untuk penginapan dan ceramah.Misa PHOAS

         Pada 9 Ogos 2017, Misa Kudus diadakan oleh Bishop Cornelius Piong di gereja PZKKNS sebagai tanda sokongan kepada PHOAS. Misa ini diraihkan oleh umat Katolik yang memakai baju etnik masing-masing.  “Berbanggalah dengan identiti kita, serta komited di dalam misi kita.” demikianlah kata-kata yang disampaikan Bishop sebelum mengakhiri misa kudus. 

IMG_8854

IMG_8865

IMG_8878

IMG_8885

IMG_8891

IMG_8919

IMG_8932

IMG_8948

IMG_9037

IMG_9044

       Kemudian peserta bergerak ke Batu Sumpah untuk memperingati monumen yang dibina itu untuk memperingati syarat di mana Sabah, bersama dengan Sarawak, bergabung dengan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia.IMG_9086

        Perarakan yang kira-kira 3 km itu, bermula dari Batu Sumpah di Pejabat Daerah Keningau dan berakhir di Keuskupan Keningau. Perarakan yang diiringi dengan palungan gong, nanyian dan laungan slogan ini dimeriahkan lagi oleh masyarakat pelbagai etnik peribumi Malaysia yang memakai pakaian tradisi masing-masing.

IMG_9122

IMG_9125

IMG_9126

IMG_9150

IMG_9151

IMG_9152

IMG_9153

        Kumpulan perarakan ini disambut oleh Bishop Cornelius Piong dan umat-umat KSFX di pintu masuk Dataran Keuskupan Keningau. Pelbagai persembahan, perkongsian makanan tradisi, sukan tradisi dan jualan gerai diadakan. Pameran turut diadakan di Dataran Keuskupan Keningau.

IMG_9292

IMG_9253

IMG_9206

IMG_9195

IMG_9180

IMG_9319

IMG_9318

IMG_9315

IMG_9312

IMG_9383

IMG_9375

IMG_9363

IMG_9361

IMG_9348

IMG_9342

PENGALAMAN DAN HARAPAN, 40 TAHUN SEBAGAI PADERI

Puji Tuhan dan syukur kerana Dia telah memanggil, mengutus dan menopang diri yang tidak layak ini dalam melayani di ladang-Nya yang luas.

0

Empat Puluh Tahun melayani sebagai seorang hamba Tuhan memang satu jangka masa yang panjang, akan tetapi terasa seperti baru semalam. Apabila saya lihat dan renung kembali apa yang telah saya lalui selama ini, seolah-olah semuanya hanya seperti mimpi. Akan tetapi saya yakin bahawa semuanya itu adalah dalam rencana Tuhan dan tidak sia-sia (1 Kor. 15:58).

1

Merenung kembali perjalanan hidup ini saya sangat memuji dan bersyukur kepada Tuhan atas rencana-Nya bagi diri saya dan kemampuan yang diberi oleh Roh Kudus sehinggalah ke hari ini.

3

Panggilan menjadi Paderi bagi saya bukanlah kerana ‘minat’. Saya alami bahawa panggilan bagi saya adalah lahir dari suasana dimana kehadiran Tuhan diakui dan dikenali. Melalui iman keluarga dan suasana sekeliling saya dapat mengenal dan mempertimbangkan panggilan untuk melayani sebagai seorang Paderi, kerana menyedari bahawa Tuhan memanggil pekerja untuk bekerja di ladang-Nya yang luas (Mat. 9:37).

Dorongan menjawab panggilan Tuhan menjadi Paderi menjadi lebih kuat apabila saya masuk sekolah menengah di Sekolah Mission, St. Micheal, Penampang. Namun oleh kerana saya adalah anak sulung maka saya diperlukan mencari kerja untuk membantu keluarga setelah selesai tingkatan tiga.

10

Pada tahun 1966-1967 saya bekerja sebagai guru selama satu tahun di Sekolah Rendah St. Stephen, Kiaru, Kuala Penyu dan kerani sekolah selama satu tahun di Sekolah Menengah St. Peter Bundu, Kuala Penyu. Dalam masa dua tahun bekerja hati saya masih tidak tenang kerana panggilan menjadi Paderi itu masih ‘mengganggu’ saya. Maka pada penghujung tahun 1967 saya mengambil keputusan untuk meninggalkan kerja dan kawan-kawan untuk memasuki pra-Seminary di Kota Kinabalu. Puji Tuhan saya dibantu dan dibenarkan kembali melanjutkan persekolahan di Shan Tao High School, Likas, melanjutkan pelajaran tingkat 4 dan 5 pada tahun 1968-1969.

Mereka yang terlibat membantu saya pada waktu itu ialah mendiang Fr. J. Haas, Paderi Paroki St. Peter, Bundu Kuala Penyu pada waktu itu, mendiang Fr. G. Preyde, Rektor pra-Seminary, Kota Kinabalu dan mendiang Fr. J.B. Yong, Pengetua Shan Tao High School, Likas.

Menyahut panggilan Tuhan dengan melanggar kemahuan ibu bapa, meninggalkan kerja dan kawan-kawan memang satu pengalaman yang susah untuk diungkapkan, tetapi saya yakin bahawa jika Tuhan yang memanggil, Dia juga memampukan.

Pada tahun 1970-1971, saya telah diterima memasuki St. Francis Xavier Minor Seminary di Singapore dan pada tahun 1972 saya telah diterima memasuki Seminari College General di Pulau Penang untuk mengikuti latihan menjadi Paderi sehingga selesai pada tahun 1976.

Pengalaman hidup sepanjang mengikuti kursus-kursus dan aktiviti-aktiviti pastoral di Seminari adalah sangat mencabar. Ada masa-masanya saya meragui keputusan yang saya ambil untuk menjadi paderi. Saya rasa hanya belas kasihan Tuhanlah yang memampukan saya bertekun sehingga selesai.

Saya juga bersyukur atas dorongan dan sokongan dari saudara-saudari yang memahami yang telah mendorong saya untuk bertahan.

13

Setelah ditahbis menjadi Paderi pada 27 Mac 1977, saya telah ditugaskan untuk melayani di Paroki St. Michael, Penampang (1977), St. Francis Xavier, Keningau dan Mission Sook (1978-1980), Paroki Bundu Tuhan, Ranau dan Telupid (1981-1986).

14

Setelah dilantik menjadi Vikar General Keuskupan Kota Kinabalu pada tahun 1996, saya ditugaskan di Paroki Stella Maris, Tanjung Aru (1986-1987), seterusnya Katedral Sacred Heart, Kota Kinabalu (1987-1993). Pada masa itu seluruh Sabah masih sangat kekurangan Paderi untuk melayani, kerana itu Katedral Sacred Heart, Kota Kinabalu mempunyai beberapa Gereja naungannya, iaitu St. Paul, Dontozidon, St. Thomas, Kepayan, Our Lady Queen of Peace, Kobusak, St. Catherine, Inanam, Good Shepherd, Menggatal, Holy Family Church, Telipok dan Gereja St. Peter Kudat. Memang agak berat dan mencabar bagi kami melayani di Katedral Sacred Heart, Kota Kinabalu bersama dengan Fr. Charles Chiew dan Fr. M. Mewo pada ketika itu, sehingga akhirnya Keuskupan Keningau diwujudkan dan kami diutus kembali melayani di Katedral St. Francis Xavier, Keningau sehinggalah sekarang.

22

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dapat melayani Umat di Paroki-Paroki di mana saya diutus untuk melayani. Banyak pengalaman dan pengajaran yang dapat saya gunakan dari komuniti Umat untuk menyemangati pelayanan saya. Sepanjang pelayanan sebagai seorang Paderi dan kini sebagai seorang Uskup, saya hanya menaruh keyakinan kepada Yesus yang memanggil, mengutus dan menopang saya. Sepanjang dalam pelayanan saya belajar dari pengalaman dan reaksi yang saya terima dari Umat yang saya layani.

28

Hidup dan melayani selaku seorang Paderi dan Uskup memerlukan Iman dan kebijaksanaan. Memimpin, mengajar dan menguduskan Umat yang dilayani memerlukan sifat pelayanan yang ada kesatuan, kebersamaan dan kesamaan dengan penggembalaan Yesus. Perkara ini adalah satu cabaran yang berterusan dan saya sedar bahawa saya banyak kali gagal.

Sri Paus Francis ada menyentuh tentang perkara ini yang membantu menyedarkan saya, “untuk membangun Umat yang sehati dan sefikiran (Kis. 4:32), Uskup kadang-kadang perlu berjalan di hadapan Umat, menunjukkan jalan dan menghidupkan harapan mereka. Kadang-kadang dia hanya perlu bersama Umat dengan kehadirannya, yang tidak memaksa dan hanya mahu memahami. Kadang-kadang dia perlu berjalan di belakang Umat, supaya dapat membantu mereka yang lemah dan memulakan jalan hidup yang baru” (Evangelii Gaudium, 31).

32

Puji Tuhan dan syukur kerana Tuhan memanggil, mengutus dan menopang saya menjadi saluran kehadiran-Nya kepada Umat yang sempat saya layani. Mohon maaf sekiranya ada masa-masanya saya gagal.

Kepada keluarga-keluarga dan para belia khususnya, marilah kita sentiasa mengutamakan kesatuan kita dengan Yesus kerana hanya dalam Dia akan lahir rasa tanggungjawab kita terhadap kebajikan rohani dan fizikal Gereja kita.

Kepada Bonda Maria, ‘Tina Za do koupusan”, terima kasih atas perlindunganmu yang sentiasa menyertai.

Kepada para Paderi, Religius dan Awam rakan sekerja dalam ladang Tuhan, terima kasih kerana semangat kekitaan dan kebersamaan.

Kepada saudara saudari yang bermurah hati dan sanggup mengorbankan masa, tenaga, bakat dan wang ringgit untuk mengadakan Perayaan Kesyukuran Ulang Tahun ini, Terima Kasih tidak terhingga. Tuhan memberkati anda semua. Marilah terus berjalan bersama dalam Yesus Kristus. Puji Tuhan.

ULANG TAHUN KEPADERIAN YANG KE-40 TAHUN

KENINGAU: “Uskup Cornelius Piong terkenal dengan sikap ramah dan kedekatannya dengan umat, dia amat prihatin kepada yang memerlukan dan sangat bersungguh-sungguh dalam menyebarkan iman serta tabah dalam membangunkan Gereja,” kata Duta Takhta Suci ke Malaysia, Uskup Agung Joseph Marino sempena perayaan Ulang tahun Imamat Uskup Cornelius Piong ke-40.

NULU1

Perayaan Ulang Tahun Imamat Uskup Cornelius diraikan dengan meriah oleh tiga ribu umat yang datang dari jauh dan dekat. Perayaan yang dirancang secara sederhana itu tanpa disangka-sangka menjadi sambutan yang meriah. Seperti kata Uskup Agung Kota Kinabalu, John Wong, Uskup Cornelius Piong bertumbuh dengan Gereja tempatan sejak ditahbis 40 tahun yang lalu. Sebagai Uskup pertama Keuskupan Keningau, namanya pasti akan tercatat sebagai salah seorang pemain penting dalam sejarah penyelamatan di Sabah, demikian kata Uskup Agung John Wong.

NULU2

Semasa memimpin Misa Kudus sempena Ulang Tahun Pentahbisan Imamatnya di Pusat Ziarah Keluarga Kudus Nulu Sosopon, Uskup Cornelius Piong memetik tema perayaan itu, “Aku bersyukur kepada-Mu Tuhan kerana Engkau memanggil aku, mengutus aku dan menopang aku melayani di ladang-Mu yang luas” sebagai luahan syukur dan sukacitanya terhadap Tuhan yang telah memanggilnya menjadi Paderi (27 Mac 1977)  seterusnya dilantik sebagai Uskup Keningau pada 2 Feb 1993.

“Saya percaya, pelayanan saya sebagai Paderi dan Gembala Keuskupan Keningau adalah kerana panggilan Tuhan,” ujar Uskup Cornelius seraya menambah bahawa Tuhan tidak pernah meninggalkan kita sendirian. Prelatus itu juga mengajak hadirin agar sentiasa menyedari kehadiran Yesus, mensyukuri dan tidak ragu-ragu terhadap kuasa-Nya.

NULU3

Bapa Uskup juga mengingatkan kembali para umat tentang wawasan Keuskupan Keningau iaitu Umat Allah berjalan bersama bersama dalam Yesus Kristus. Beliau mengakui, seperti dua orang pengikut Yesus yang sedang menuju ke Emaus, kita akan selalu berasa ragu. Oleh itu, Bapa Uskup sangat menekankan kekuasaan dan kehebatan Ekaristi sebagai sumber kekuatan iman dan disokong melalui kesatuan Komuniti Kristian Dasar (KKD) serta menasihati para umat agar terus menghayati Firman dan mengambil masa untuk mengeratkan hubungan dengan Tuhan melalui Adorasi kepada Sakramen Mahakudus.

Uskup Cornelius Piong dilahirkan pada 01 Julai 1949. Bapanya bernama Augustine Piong (Mendiang) dan ibunya bernama Lucy Kimsin. Beliau dibaptis pada 16 Julai 1949 dan menerima Sakramen Krisma pada 19 April 1959. Beliau membagikan pengalaman perjalanan selama 40 tahun sebagai seorang Paderi.

PEMBAHARUAN PERSEMBAHAN DIRI DARI PARA PELAKU HIDUP BAKTI

bakti 2

Nulu Sosopon – Sebagai salah satu kegiatan mengisi Perayaan Hidup Bakti 2017, para biarawan-biarawati dan anggota Komuniti Sekular (FSIC, Putri Karmel, IJ, FSC, CSE dan ISKB) merayakan Perayaan Ekaristi bersama di Gereja Keluarga Kudus, Nulu Sosopon, Keningau. Perayaan bersama ini turut disaksikan  sejumlah umat beriman yang hadir dalam Perayaan Ekaristi tersebut.

grotto 1

Perayaan Ekaristi diawali dengan pemberkatan Patung Bonda Maria dari Lourdes, oleh Yang Mulia Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong dan didampingi lapan Paderi (Fr. Joseph Gapitang, Fr. Benedict Runsab, Fr. Rudolf Joanes, Fr. Claudius Andrew, Fr. Ronnie Luni, Fr. Gilbert Lasius, Fr. Giovanni CSE dan Fr. Harry Dorisoh) yang turut serta di dalam Pemberkatan dan Perayaan Hidup Bakti. Bapa Uskup dalam renungan singkatnya, mengajak umat beriman berdoa bersama dengan Sang Perawan bagi mereka yang sedang sakit, agar dapat menanggung penderitaan dan diberikan kesembuhan.

Dalam homilinya, Bapa Uskup mengajak mereka yang membaktikan diri kepada Tuhan, baik biarawan/biarawati mahupun awam agar: Pertama, sebagai hari yang dikhususkan untuk mengucap syukur dan terima kasih kepada Tuhan atas aneka hidup yang dibaktikan secara khusus kepada Tuhan yang sekaligus memperkaya Gereja dengan berbagai karya misi dan karisma. Kedua, mengajak Gereja untuk lebih memahami dan menaruh hormat terhadap aneka bentuk hidup bakti, yang dengan karisma dan tradisi masing-masing menjaga kehidupan Gereja. Ketiga, sebagai hari undangan bagi Gereja dan kaum hidup bakti untuk merayakan anugerah ini  dengan penuh sukacita dan kegembiraan.

Setelah Bapa Uskup mengakhiri homilinya, para pelaku hidup bakti dari setiap Kongregasi dan Institut Sekular mengulangi pembaharuan persembahan diri atau janji setia di hadapan Tuhan secara bersama-sama.

bakti 1

Fr. Giovanni CSE mewakili para pelaku hidup bakti, dalam ucapannya mengajak dan menghimbau kembali apa yang menjadi pesan Paus Fransiskus kepada para pelaku hidup bakti. Beliau mengutip kembali kata-kata Paus Fransiskus yang mana: Pertama, para pelaku hidup bakti pertama-tama mesti menyatukan diri dengan Yesus Kristus. Dengan bersatu dengan dengan Kristus, para pelaku hidup bakti akan dapat menghayati karisma-karisma yang telah diwariskan oleh para pengasas masing-masing. Kedua, dalam perjalanan sebagai para pelaku hidup bakti, memang tidak mudah, banyak cabaran dan tentangan yang mesti dilalui, justeru persatuan dengan Kristus adalah wadah untuk tetap bertahan dan setia di dalam panggilan khusus ini. Ketiga, para pelaku hidup bakti harus sedar dan tahu diri, mengenal peranan masing-masing dan tidak perlu iri terhadap karisma kongregasi lainnya. Kita semua memiliki peranan yang khas, yang akhirnya akan membentuk menjadi tubuh Kristus dan Kristus menjadi kepala-Nya.

Bapa Uskup mengambil kesempatan berterima kasih kepada umat beriman yang hadir dalam Perayaan Ekaristi tersebut. Beliau juga berterima kasih kepada Kongregasi-Kongregasi yang berkarya di Keuskupan Keningau. Lanjutnya, beliau berpesan agar para pelaku hidup bakti agar berpandu kepada Visi, Misi dan Matlamat Keuskupan. Karisma yang dimiliki mestilah digunakan untuk merealisasikan Visi, Misi dan Matlamat di Keuskupan Keningau.

B1

B2

Setelah Perayaan Ekaristi selesai, pihak Majlis Pastoral Paroki mengundang semua para pelaku hidup bakti untuk makan tengahari bersama sebagai ungkapan kesyukuran dan terima kasih. Para pelaku hidup bakti turut dihiburkan dengan persembahan tari-tarian dan lagu dari umat yang hadir.

B3

B4

B5

B6

B7

B8

B9