PESAN USKUP CORNELIUS PIONG SEMPENA PERAYAAN PASKAH 2018

Selamat Hari Paskah! Setiap kali kita mengucapkan salam ini kepada seseorang atau kelompok orang, apakah kita sungguh yakin bahawa Yesus hidup, hadir dan menyertai kita?

Perayaan Paskah bukanlah setekat mengenang apa yang telah dialami Yesus – sengsara, kematian dan kebangkitan-Nya – tetapi satu kesempatan rahmat bagi kita untuk membaharui dan menetapkan keyakinan kita kepada kasih Allah yang sentiasa menyertai dan menyelamatkan kita dari kekuasaan dosa.

Continue Reading →

MERIAH KESYUKURAN PERAYAAN 5 DALAM 1

putungkek

MELALAP,TENOM – Pada 20hb Ogos 2017 yang lalu, Komuniti Umat Katolik (KUK) Santa Maria Di Angkat Ke Syurga Melalap telah meraihkan Kesyukuran 5 perayaan sekaligus iaitu Perayaan Ulangtahun Keuskupan ke 24, Pesta Kaamatan, Pesta Penaung Gereja, Ulangtahun Penubuhan Komuniti Kristian Dasar (KKD) ke 19 Dan Hari Bapa peringkat KUK Santa Maria Di Angkat Ke Syurga. Dimeriahkan lagi umat dari KUK St. Paul Pagansangon Melalap. Seramai hampir 400 orang umat yang hadir memeriahkan perayaan ini.

Objektif perayaan ini adalah untuk membawa umat agar semakin mahu bersyukur atas penyertaan Tuhan di dalam kehidupan mengereja serta membawa kesedaran betapa pentingnya untuk berjalan bersama di dalam mencapai misi dan visi keuskupan juga untuk menyahut seruan keuskupan pada tahun  ini dengan Tema Keluarga “Ibu Bapa dan Warga Emas.”perasmian

Pelbagai aktiviti telah diadakan sebagai pengisian program sebelum perayaan. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Pertandingan Menjawab Soalan Kuiz Dari Injil Matius, Pertandingan Membaca Petikan Alkitab  dan Pertandingan Mendaraskan Mazmur. Pertandingan ini merupakan anjuran Komiti Alkitab dan Komiti Katekatikal. Pertandingan Sukan Rakyat juga dilaksanakan yang dikendalikan oleh Kerasulan Belia Katolik (KBK). Objektif pelaksanaan pertandingan-pertandingan ini adalah untuk menyemarakkan lagi semangat solidariti di antara sesama umat.

konsikrasi

Perayaan 5 dalam 1 ini dimulakan dengan Misa Kudus yang disempurnakan oleh Rev Fr. David Mamat. “Di mana ada kesatuan di situlah Tuhan hadir, namun sebaliknya, sekiranya ada perpecahan di situlah iblis hadir.” demikianlah homili yang disampaikan beliau. Penekanan kesatuan di dalam homilinya bersesuaian dengan tema perayaan iaitu “Umat Allah Berjalan Bersama Dengan Kristus”.

Pembaharuan komitmen para lektor juga diadakan pada hari tersebut, seramai 51 orang yang mewakili setiap KKD dan KUK St. Paul Pagansangon telah memperbaharui komitmen mereka.

tarian

Selepas Misa Kudus acara diteruskan di Dewan Terbuka dimulai dengan ‘Tarian Sambut Tamu’ oleh Kumpulan Penari Kebudayaan KBK dan pelbagai aktiviti lain daripada setiap KKD. JB

KERJA AMAL MEMBERSIHKAN HALAMAN GEREJA ST ANTHONY TENOM

TENOM: Kerja-kerja amal membersihkan perkarangan Gereja St Anthony Tenom dan sekitarnya telah dikendalikan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Cawangan Tenom pada, Selasa (9/5), yang lalu.

Bomba Penyelamat 5

Aktiviti kerja amal pada kali ini diketuai oleh Tuan James Ajis dan dibantu seramai 19 anggota Bomba dan Penyelamat yang bercawangan di Tenom. Menurut Tuan James Ajis, kerja-kerja amal membersihkan rumah-rumah ibadat, merupakan program tahunan.

Bomba Penyelamat 4

Kerja-kerja amal tersebut dibahagikan menjadi dua kumpulan, satu kumpulan membersihkan perkarangan Gereja, sementara kumpulan satu lagi membersihkan perkarangan dewan Gereja dan sekitarnya.

Bomba Penyelamat 3

Dalam kesempatan yang sama, Rev. Fr. David Mamat selaku Paderi Paroki St Anthony, berterima kasih atas kehadiran para anggota Bomba dan Penyelamat dalam kerja amal kali ini. Beliau berharap agar kerjasama seperti ini dapat dipertingkatkan lagi di masa mendatang.

MAKAN MALAM SUMBANGAN KASIH

MAKAN AMAL 1

TENOM: Sedar akan keperluan dalam membantu seminarian, Kerasulan Wanita Katolik Paroki St. Anthony Tenom telah mengadakan makan malam sumbangan kasih untuk dana tabung seminarian pada 21 April 2017 bertempat di dewan terbuka Msgr, Augustine Watcher dan telah berjaya menjual sebanyak 31.5 meja tajaan.

MAKAN AMAL 2

Puan Florence Chia selaku pengerusi penganjur dalam ucapannya berterima kasih kepada Bapa Uskup kerana dapat meluangkan masa bersama dalam majlis ini, serta semua penaja dan juga umat yang bermurah hati untuk membeli tiket makan bagi tujuan dana tabung seminarian.  Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli KWK Paroki, Komiti dan juga individu yang terlibat dalam membantu persiapan bagi menjayakan makan amal ini.

MAKAN AMAL 3

Fr. David Mamat selaku paderi paroki turut mengucapkan terima kasih pengerusi penganjur dan juga KWK paroki atas inisiatif untuk menganjurkan makan malam amal ini dan kepada semua penaja meja serta umat yang bermurah hati.  Dalam ucapannya Fr. David telah menerangkan serba sedikit tentang perbelanjaan bagi seorang seminarian yang mencecah RM 14.000 setahun.  Acara makan malam sumbangan kasih bermula dengan doa yang dipimpin oleh Bapa Uskup Datuk Cornelius.

MAKAN AMAL 4

Majlis diserikan lagi dengan beberapa persembahan pentas oleh KWK Paroki sendiri dan juga lagu tajaan yang melibatkan Fr. David, Fr. Benedict, Fr, Roney Mailap, Sr, Leone dan juga Sr. Felicity yang mana hasil tajaan akan disalurkan ke tabung Seminarian.

MAKAN AMAL 5

Datuk Seri Panglima Radin Malleh juga turut hadir dan menaja beberapa meja serta menaja lagu untuk Bapa Uskup yang telah menyampaikan 2 buah lagu.  Di kesempatan itu Datuk Seri juga telah menyerahkan sumbangan berupa alat musik untuk kegunaan KIPKK yang telah diterima oleh Puan Doroty Chong selaku pengerusi KIPKK paroki.

Majlis ditutup dengan doa oleh Fr. David Mamat. – Christy F. Anjun

LAWATAN PADERI KE KG KOLOROK KEMABONG

KLOROK 1

KEMABONG: Fr. David Mamat selaku rektor Mission Kemabong bersama Katekis Christy Anjun telah mengadakan lawatan ke Kg Kolorok pada 24 – 25 April 2017 setelah 1 tahun umat Kg Kolorok dibaptis.  Rombongan telah disambut oleh Saudara Simon @ Sigoh selaku pengerusi sementara kerana Kg Kolorok belum ditubuhkan KUK atau sebagai oustasi Mission Kemabong.

Dalam masa yang sama Fr. David juga meninjau kawasan tapak pembinaan gereja di Kg Kolorok agar dapat mengadakan Ibadat dengan selesa.  Umat di Kg Kolorok juga bergotong-royong untuk mencari bahan pembenaan gereja melalui hutan-hutan disekitar kampung untuk mendirikan sebuah gereja sementara kerena buat masa ini ibadat hanya dilakukan di rumah kebudayaan kampung yang dilawati oleh para katekis daripada Mission Kemabong.

KLOROK 2

Selesai makan tengahari, sebelum Misa Kudus diadakan Fr. David telah memberi sakramen Tobat kepada umat setempat dan juga telah membaptis beberapa orang bayi dan kanak-kanak.  Dalam homili Fr. David menekankan tentang sakramen pertobatan dengan memetik pembacaan Injil pada hari minggu iaitu Yohanes 20.23 “Jikalau kamu mengampuni dosa orang, dosanya diampuni, dan jikalau kamu menyatakan dosa orang tetap ada, dosanya tetap ada”.  Selesai Misa Kudus umat mengadakan sedikit kesyukuran sempena perayaan Paska.

KLOROK 3

Saudara Simon @ Sigoh juga telah berterima kasih kepada Fr. David diatas lawatan paderi ini.  Dan menyatakan jumlah umat di Kg Kolorok hampir mencecah 90 orang termasuk yang akan belajar kelas minggu IKD pada tahun ini. – Christy F. Anjun